Sungai Petani ~ Jalan jalan cari makan


Kalau bab makan nie syok ye cerita....tambah pulak kalau dapat makan free. Okeh...Cik AA nak cerita ttg Sungai Petani sat...mentang mentang da jadi orang Sungai Petani (perasan sat). Kali nie story kat uoll sal tempat-tempat makan yang tekak Cik AA ngan Chegu Zain serta anak-anak rasa sedap dan worth money to pay.

Kalau bab sarapan Cik AA fail. Sebab Cik AA sarap kat rmah je selalu. Nanti lah Cik AA update key. La nie kita langkau sat terus pi makan tengah hari. Dolu-dolu masa Cik AA masih belajar Cik AA suka makan di depan maktab opcos lah kan...kalau sapa2 area SP mesti tau kat depan maktab ada warung2 untuk menjamu selera. Kira murah je waktu tu taste tak kesah, tak dak hal punya.

Hem...but lanie...upgrade sikit la kan dah qoje. Okeh nie antara kedai untuk menjamu selera di tengah ari

1. Gerai Ikan Bakar Taman Sejati

Gerai ini letaknya bertentangan dengan banggunan TM Point dan Sekolah Keb Seri Gedung. Beraneka lauk terdapat di situ. leh wat pilihan le...yang paling Cik AA suka daging kambing bakar cecah air acam...wah terangkat. Rege...? rege biasa la kedai ikan bakar...cube le...

2. Gerai Ikan Bakar depan INTAN

Nie slah satu gerai pilihan kami. terletak jalan Kuala Ketil berhampiran IPG Sungai Petani. Gerai nie Cik AA dan pernah makan dengan member sermah masa bujang dulu. Lauk tak banyak pilihan macam no.1. Gerai nie kena pi awai. Buka seawal 10 pagi sehingga la lauk abis...kot...!!!

3. Restoren Ikan Bakar Sadar Taman Ria

Jatuh tempat ketiga ialah kedai makan yang ini. Nie pilihan Chegu Zain. Klau mai makan kat sini mesti bertambah. huhuhu....kat sini pon banyak pilihan lauk...pilih pilih...yang besh kat sini de ulam ulam dan kerabu..

4. Restoren Noriah 

Kedai makan nie berhampiran kilang Sharp Roxy. Kat sini pon de ikan bakar gak. Okeh...yang terangkat di sini ialah air acam nyer...pedas menyerit....berpeloh kalau makan...

5. Gerai Omar Ikan Bakar

Gerai nie ilah pilihan yg kelima dalam senarai makan tengahari. Terletak di depan Masjid Bakar Arang. Kira orait la..nie pon kawan kawan Chegu Zain rekomen..depa kata sedddapp...tp lidah kami kata orait jerrr...bak nyanyian Iwan ~ yang sedang sedang saja...yang penting perut kenyang ~

Di kala malam menjelang pulak....

1. Nuriz Cafe

Yang pertama dalam senarai ialah Cafe Nuriz yang terletak di Amanjaya. Berhampiran Hospital Pantai Sungai Petani. Makanan....macam macam ada. Dari makanan Melayu, Siam dan Western serta Setimbot yang menjadi idaman Cik AA. Rege pulak standard otel le kawan n ada gov tax. Kenapa suke pegi sini...? pertama SEDAP. Setimbot sedap bangat...western food pon sedap. Kedua tempat yang selesa. memandangkan Cik AA ngan Chegu Zain kaya anak dan anak2 kami nie agak lasak so kami selesa di tempat nie. tak crowded. Depa leh main2 lepas makan. Bole Cik AA ngan Chegu Zain dating seminit dua huhhu.






2. Emerald Puteri Hotel

Syok gile bersetimbot di sini. Tempat pon amatlah selesa dan harmonis ceeee...setakat nie klau nak bersetimbot lagi dan lagi akan ke sini. Chegu Zain suke teh tarik yang ada di sini...terangkat macam dok kat cemeren highlands...




3. Jam Besaq

Huhuhu...jam besaq...nostalgia betoi. apa taknya...nie kalau zaman belajaq dulu time dapat elaun je bole mamam kat sini. Okeh terletak di dalam bandar Sungai Petani sendiri. Landmark dia opkos Jam Besaq. Terdapat pelbagai jenis makanan di sini. Capati, sate, yong taufu, char koteow, sup sup dan macam macam lagi...macam macam adoo. Open air punya warung dan hanya di buka pada waktu malam sahaja.. Tapi lanie tak berapa nak layan la nak pi kat sini. Servis lambek sih...

4. Koteow kerang Taman Delima

Perrhhgg!!! Sapa sapa orang Sungai Petani yang tak besa pekena koteow nie...mulai lah...pi pekena. Koteow kerang tradisional dimana tukang masak masih pakai dapoq arang buat char ko teow nie...telur mata satu..

5. D'King Mee Udang

Kalau mai pekena Mee Udang kat sini...pergh!!! fresh dan BESAQ2. Dia hidang dalam mangkuk besaq makan untuk berdua. Memang sodap dan giler...

6. Qory Steamboat aka Steamboat RM13

Qory Steamboat yang terletak di Padang Temusu Sungai Petani memang terkenal. Bukan saja kerana makanannya, tetapi kerana layanan pekerja restoran yang ramah tamah. Kami sekeluarga dah jatuh cinta dengan restoren Qory nie. Tag line yang kami bagi kepada restoren nie Makan Hari nie Sampai Lusa Kenyang. huhuhu....
  Best tau makan sini. Dah le murah. Satu kepala cuma RM 13. Dapat makan macam macam. Pendek kata macam macam ado. Cik Esah kalau makan kat sini, tak oder ayaq. Memang ambik minuman free yang disediakan... Err Sky Juice.
Special nya disini, bahan bahan seperti fish ball dan fish cake yang ada di sini adalah home made oleh tokey restoren. So.....makan tanpa was was....

7. YOLO Kitchen

Bagi penggemar makanan seafood ala ala
Shellout boleh lah try masakan di YOLO Kitchen Taman Ria. Guna waze jew dah sampai.

Apa yang special adalah ketam yg ada bau asap arang. Lepas tu baru digoreng bersama kuah yang sangat sedap, masam masam manis.

Selain shell out, menu western pun ada tau...

8. Al Haura Arabian Delight

Nasi arab yang sangat2 ringan dan sedap. Dihidang bersama sup kambing dan air asam arab style..😜. Dari nasi arab, kebab dan macam2 jenis masakan arab ada.

Tempat memang selesa sangat2. Ada di sediakan dua bahagian. Bahagia duduk atas kerusi atau bersila. Kami kalau pergi sini suka bersila je. Lunjur2 kaki...macam2 style boleh buat.

9. Labo-Labo

 Hanya guna waze dan taip Labo-Labo Grill dan Stimboat. Kat sini owner buat ala-ala Seoul Garden la. Siap dengan daging kambing yang diperap, daging lembu yang diperap beberapa perisa begitu juga daging ayamnya. Ada ayam perapan sate, tandori dan black paper.

Harga bagi dewasa RM19.00 dan kanak-kanak RM9.90. Ada juga menu lain yang best seperti shellout dan makanan western yang dihidangkan mengikut set.

Secara kesimpulannya....HASTAG #berbaloibaloi

Ayaq boleh minum sampai kembung oiiii.





Ada ala carte atau pun set. Senang ambik je set. Makan dalam talam ramai2 sambil mengeratkan silaturahim...
ada lagi na.................


KeNaNgAn HaRi iNi aDaLaH uNtUk HaRi eSoK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan