Sungai Petani ~ Jalan jalan cari makan


Kalau bab makan nie syok ye cerita....tambah pulak kalau dapat makan free. Okeh...Cik AA nak cerita ttg Sungai Petani sat...mentang mentang da jadi orang Sungai Petani (perasan sat). Kali nie story kat uoll sal tempat-tempat makan yang tekak Cik AA ngan Chegu Zain serta anak-anak rasa sedap dan worth money to pay.

Kalau bab sarapan Cik AA fail. Sebab Cik AA sarap kat rmah je selalu. Nanti lah Cik AA update key. La nie kita langkau sat terus pi makan tengah hari. Dolu-dolu masa Cik AA masih belajar Cik AA suka makan di depan maktab opcos lah kan...kalau sapa2 area SP mesti tau kat depan maktab ada warung2 untuk menjamu selera. Kira murah je waktu tu taste tak kesah, tak dak hal punya.

Hem...but lanie...upgrade sikit la kan dah qoje. Okeh nie antara kedai untuk menjamu selera di tengah ari

1. Gerai Ikan Bakar Taman Sejati

Gerai ini letaknya bertentangan dengan banggunan TM Point dan Sekolah Keb Seri Gedung. Beraneka lauk terdapat di situ. leh wat pilihan le...yang paling Cik AA suka daging kambing bakar cecah air acam...wah terangkat. Rege...? rege biasa la kedai ikan bakar...cube le...

2. Gerai Ikan Bakar depan INTAN

Nie slah satu gerai pilihan kami. terletak jalan Kuala Ketil berhampiran IPG Sungai Petani. Gerai nie Cik AA dan pernah makan dengan member sermah masa bujang dulu. Lauk tak banyak pilihan macam no.1. Gerai nie kena pi awai. Buka seawal 10 pagi sehingga la lauk abis...kot...!!!

3. Restoren Ikan Bakar Sadar Taman Ria

Jatuh tempat ketiga ialah kedai makan yang ini. Nie pilihan Chegu Zain. Klau mai makan kat sini mesti bertambah. huhuhu....kat sini pon banyak pilihan lauk...pilih pilih...yang besh kat sini de ulam ulam dan kerabu..

4. Restoren Noriah 

Kedai makan nie berhampiran kilang Sharp Roxy. Kat sini pon de ikan bakar gak. Okeh...yang terangkat di sini ialah air acam nyer...pedas menyerit....berpeloh kalau makan...

5. Gerai Omar Ikan Bakar

Gerai nie ilah pilihan yg kelima dalam senarai makan tengahari. Terletak di depan Masjid Bakar Arang. Kira orait la..nie pon kawan kawan Chegu Zain rekomen..depa kata sedddapp...tp lidah kami kata orait jerrr...bak nyanyian Iwan ~ yang sedang sedang saja...yang penting perut kenyang ~

Di kala malam menjelang pulak....

1. Nuriz Cafe

Yang pertama dalam senarai ialah Cafe Nuriz yang terletak di Amanjaya. Berhampiran Hospital Pantai Sungai Petani. Makanan....macam macam ada. Dari makanan Melayu, Siam dan Western serta Setimbot yang menjadi idaman Cik AA. Rege pulak standard otel le kawan n ada gov tax. Kenapa suke pegi sini...? pertama SEDAP. Setimbot sedap bangat...western food pon sedap. Kedua tempat yang selesa. memandangkan Cik AA ngan Chegu Zain kaya anak dan anak2 kami nie agak lasak so kami selesa di tempat nie. tak crowded. Depa leh main2 lepas makan. Bole Cik AA ngan Chegu Zain dating seminit dua huhhu.






2. Emerald Puteri Hotel

Syok gile bersetimbot di sini. Tempat pon amatlah selesa dan harmonis ceeee...setakat nie klau nak bersetimbot lagi dan lagi akan ke sini. Chegu Zain suke teh tarik yang ada di sini...terangkat macam dok kat cemeren highlands...




3. Jam Besaq

Huhuhu...jam besaq...nostalgia betoi. apa taknya...nie kalau zaman belajaq dulu time dapat elaun je bole mamam kat sini. Okeh terletak di dalam bandar Sungai Petani sendiri. Landmark dia opkos Jam Besaq. Terdapat pelbagai jenis makanan di sini. Capati, sate, yong taufu, char koteow, sup sup dan macam macam lagi...macam macam adoo. Open air punya warung dan hanya di buka pada waktu malam sahaja.. Tapi lanie tak berapa nak layan la nak pi kat sini. Servis lambek sih...

4. Koteow kerang Taman Delima

Perrhhgg!!! Sapa sapa orang Sungai Petani yang tak besa pekena koteow nie...mulai lah...pi pekena. Koteow kerang tradisional dimana tukang masak masih pakai dapoq arang buat char ko teow nie...telur mata satu..

5. D'King Mee Udang

Kalau mai pekena Mee Udang kat sini...pergh!!! fresh dan BESAQ2. Dia hidang dalam mangkuk besaq makan untuk berdua. Memang sodap dan giler...

6. Qory Steamboat aka Steamboat RM13

Qory Steamboat yang terletak di Padang Temusu Sungai Petani memang terkenal. Bukan saja kerana makanannya, tetapi kerana layanan pekerja restoran yang ramah tamah. Kami sekeluarga dah jatuh cinta dengan restoren Qory nie. Tag line yang kami bagi kepada restoren nie Makan Hari nie Sampai Lusa Kenyang. huhuhu....
  Best tau makan sini. Dah le murah. Satu kepala cuma RM 13. Dapat makan macam macam. Pendek kata macam macam ado. Cik Esah kalau makan kat sini, tak oder ayaq. Memang ambik minuman free yang disediakan... Err Sky Juice.
Special nya disini, bahan bahan seperti fish ball dan fish cake yang ada di sini adalah home made oleh tokey restoren. So.....makan tanpa was was....

7. YOLO Kitchen

Bagi penggemar makanan seafood ala ala
Shellout boleh lah try masakan di YOLO Kitchen Taman Ria. Guna waze jew dah sampai.

Apa yang special adalah ketam yg ada bau asap arang. Lepas tu baru digoreng bersama kuah yang sangat sedap, masam masam manis.

Selain shell out, menu western pun ada tau...

8. Al Haura Arabian Delight

Nasi arab yang sangat2 ringan dan sedap. Dihidang bersama sup kambing dan air asam arab style..😜. Dari nasi arab, kebab dan macam2 jenis masakan arab ada.

Tempat memang selesa sangat2. Ada di sediakan dua bahagian. Bahagia duduk atas kerusi atau bersila. Kami kalau pergi sini suka bersila je. Lunjur2 kaki...macam2 style boleh buat.

9. Labo-Labo

 Hanya guna waze dan taip Labo-Labo Grill dan Stimboat. Kat sini owner buat ala-ala Seoul Garden la. Siap dengan daging kambing yang diperap, daging lembu yang diperap beberapa perisa begitu juga daging ayamnya. Ada ayam perapan sate, tandori dan black paper.

Harga bagi dewasa RM19.00 dan kanak-kanak RM9.90. Ada juga menu lain yang best seperti shellout dan makanan western yang dihidangkan mengikut set.

Secara kesimpulannya....HASTAG #berbaloibaloi

Ayaq boleh minum sampai kembung oiiii.





Ada ala carte atau pun set. Senang ambik je set. Makan dalam talam ramai2 sambil mengeratkan silaturahim...
ada lagi na.................


KeNaNgAn HaRi iNi aDaLaH uNtUk HaRi eSoK

New Member for 2013


HoHoHo....nie qupe new member family kami...namanye Ommey.  Bakal Vet Cik AA ngan Chegu Zain yang jumpa. Bakal Vet sapa...?. hehehe tak lain tak bukan le si penangkap lalat in our family nie Dik Mat (muhammad danish afiq). Waktu tu waktu pagi. So Ommey mengiau sakan kat belakang rumah. Chegu Zain tengah siang ikan. So Dik Mat yang perihatin nie pun panggil la Ommey. cet cet cet.....

Dah masuk hari kedua Ommey jadi pet kami skeluarga. Kiranya Ommey nie kucing terbiar. Tapi dari rupa Ommey bukan la terbiar sangat. Cik AA ngan Chegu Zain takut jugak kalau Ommey nie orang punya. So kami perintahlah anak2 ronda tanya sapa pnya kucingkah ini. Lepas puas hati je...apa lagi Chegu Zain pi Billion kat Baling nie beli makanan kucing...(huhuhu Chegu Zain tak suka jaga kucing...tapi pelik kenapa dia yang beria2 sangat) beli syampo la mandikan Ommey la buat tempat tidur Ommey la...da terbalik kan...sebenarnya Chegu Zain nie animal lover nie...malu nak ngaku..kui kui..

Nie Ommey yang sedih bila Cik AA nak ke sekolah pagi nie

Ommey lepas mandi...dah kering
Esok Cik AA sefamily akan bawak Ommey ke klinik untuk dapatkan vaksin dan apa2 yang patut Ommey dapat supaya dia sehat dan bersih dari kuman dan kutu...huhu..macam dapat bb baru pulak...

KeNaNgAn HaRi iNi aDaLaH uNtUk HaRi eSoK

KaMi TaNpA KaMu~ FrOm TaIpInG to CaMeRoN HiGhLaNdS (part 4)




End of day one...fiuuhhh mmg penat tapi sequnukk!! amat. Esok punya plan still carca marba lagi. We'll see lah..so tired need to rest.

MorniiiNggg!!! bangun jer tido terbau somthing yang harum dan membuka selera. AuuMMmmm!!! Tempat sejuk2 nie mmg..makan apa pon sodap tambah pulak mak tok yang masak. Tu la kelebihan duduk Omstay leh masak masak di samping menjimatkan. Tekak maktok pon bukan selera sangat pon kalau makan kat luar selalu. Lepas mandi dan breakfast warning kat kaum kerabat supaya bersiap dalam masa 1 jam. Cik AA, Chegu Zain ngan mak tok nak pi pasau Tanah Rata nak beli ikan untuk malam karang huhuhu....

Di pasau Tanah Rata banyak la jugak ikan, hehehe ingat kan kalau dok tinggi tinggi nie ikan kurang dan rege mahal. Ternyata telahan Cik AA silap. Sama saja....malam nie ingat nak masak karrie ikan kembong, daging bakar cicah air asam (gLuppp masa dok beli nie pon dah bole bau daging bakar) dan nak masak sayur yang segar-segar..huhuhu...nikmatnya bercuti kali nie...

Balik jer dari pasau...wah wah wah...tak siap lagi askar aska nie. nak kena semua nie...nie yang buat plan terbantut nie.

Keluar dari Omstay pon agak lewat so kami decided nak ke Butterfly Farm dulu. Weeee.....

Ready To rumble


KeNaNgAn HaRi iNi aDaLaH uNtUk HaRi eSoK

Kami Tanpa Kamu~From Taiping tO CameroN HighLandS (PaRt 3)


Da masuk part 3 da...walaupun cerita nie da ala ala pekasam sikit, tapi tak megapa. Kenangan hari ini adalah untuk hari esok.

Cik AA teruja sikit kalau bercerita ttg Cameren nie. Bukan apa...di tempat ni la Cik AA berdating dan ber honey MoOn dengan Chegu Zain...ewah...eMo la pulak..Banyak kenangan Cik AA di Cameron. Cik AA di post kan untuk mengajar kali pertama di Cameron. Jatuh ati pun di Cameron...macam macam lah...

Perjalanan kami ke Cameron melalui Simpang Pulai...tak ikut Tapah. Jalan ikut SP lebih smoOth pasal jalan dia lebar sikit. Tapi Cik AA prefer jalan ikut Tapah....NoStAlGiA lagi....huHuhUu...

Key..sambung..perjalanan mengambil masa 2 jam. HuuH...patutnya sejam da sampai Brinchang tapi memandangkan hari yang Cik AA pegi Cameren tu public Holiday Deepavali jadi jalan Jemmmm Stoberi...Huaaa menguap panjang. Seb baik anak anak tak banyak meragam. Si kecik pon dok elok je...

Mak Tok da sampai Tanah Rata dan da check in Homstay. Kami menyewa di Tanah Rata. Budget beb. Kalau di Brinchang al maklum lah public holiday nie rege 2 x ganda. So buat pe nak perabih duit banyak2 kat tempat tidur kan sedang kan kita ke sana nak jalan jalan. Lagi pon Omstay yang kami sewa nie kira berbaloi la dengan rega yang kami bayar. Feel like Home. Itu yang penting.

Cik AA decided nak dok cemeren for 3 days. So ari pertama sampai pon da agak lewat dek kerana jem dan sebelum tu Cik AA pegi mamam kenduri kawan kat Batu Kurau Tepeng. Patutnya kami naik ke kemeren awal pagi baru syok...leh jalan jalan beli bantal stoberi....

Kebetulan hari pertama tu besday Ida (adik Cik AA). Jadi kami bercadang nak makan setimbot dan mamam kek. Bagi Cik AA tak dak dah setimbot yang sesedap kat otel Rossa Pasadena kat Brinchang nun ha. Ewah...mamam kat otel pulak..dan lepas mamam leh walking walking kat pasau malam pulak...huhuhu....
AnAk AnAk Yg GuMbIrA LeH WaLkInG WaLkInG

Pemandu kami: Chegu Zain

Happi Besday tO YoU
SeTiM BoT LaGi DaN LaGi
LePaS BeRsTiM BoT ke NiGhT MaRkEt






KeNaNgAn HaRi iNi aDaLaH uNtUk HaRi eSoK

Setimbot at Hotel Emerald Puteri




Hari nie hari lahir Cik AA yg ke 33 thn. Alhamdulillah...dah hidup 33 tahun rupenye. So malam nya Cik AA takde la menantikan seprise dr Chegu zain memandangkan gaji belum msyuk. Selambe je la walaupun dalam ati...ish..tade pape ke..?.

Qupenye Chegu Zain nak bawak Cik AA makan luar. Aisheh...macam le tak penah makan kat luar. Tapi sepesel ciikit la malam nie kan.

Chegu Zain bawak Cik AA dan anak anak makan kat hotel. Hotel Emerald Puteri dekat Taman Sejati. Chegu Zain tau Cik AA mmg antu setim bot. So nak try la setimbot kat situ. Selalu kami pi makan kat Nuriz Hotel, memang sedap la. So try la oder setimbot kat sini plak. Kami amik set for 2. Amboi mak banyaknya pekakas yang dia bagi. Nanti bole tengok gambar. Tak termakan kami sekeluarga. Rasa pun sedap, pasal ada dua jenis sup dan tom yam. Yang tom yam tu agak pedas tapi sup kosong tu SEDAP. Rege pun memang berpatutan satu set RM 20.00 dan takde gov tac macam hotel2 yg lain. Memang puas ati den...


Tak sabo dah...

banyak kan..aduh sapa nak perabih nie...

tekunya..melayan bufday mom..

siap ada nasi goreng cina n koteow dan mee


Terima Kaseh Chegu Zain belanja Cik AA makan setimbot sedap...huhuhu



KeNaNgAn HaRi iNi aDaLaH uNtUk HaRi eSoK

KaMi TaNpa KaMu~From Taiping to KuAla SePeTaNg (part2)



Dah lama peram cerita nie, akhirnya Cik Aa decided nak tulis jugak di petang yang hujan nie. Anak-anak semua tido so ada la masa Cik AA nak tulis al-sambungan cerita From Taiping with love tu. but kali li From Taiping ke Kuala Sepetang..

Hari yang sama Cik AA sampai di Tepeng Cik AA dah nekad Cik AA nak pegi semua tempat yang Cik AA dah browse dalam intenet dan dari maklumat yg Cik AA dapat dari kawan2. Yang Cik AA tau trip kali nie wajib pi makan mee udang Kuala Sepetang.

Dari Omstay yang Cik AA n family tinggal (Taiping) ke Kuala Sepetang ambik mase 15 min jer. Tu pun Chegu Zain drive dengan penuh sopan dan santun sambil menghirup udara petang. huhuhu...Cik AA ada 3 nama kedai yang Cik AA dapat dari entenet. Yang pertama ialah Mee Mak Jah, kedua Mee Mak Teh dan ketiga plak mee Pak Salleh. So kami just tengok le kedai yang mana ramai kami akan berenti, opkos la kan, kalau orang ramai mee dia la yang sedap.

Kedai yang pertama kami jumpa ialah Kedai Mak teh, ramai jugak. Kedai yang kedua kedai Mee udang Mak Jah. mana la kedai mee Pak Salleh nie, dah nak sampai ke pekan Kuala Sepetang da nie. Raoud punya round nampak la kedai mee kepunyaan Pak Salleh. Tapi kedai dia gerai kecik dan lama, tak lah sevass da BooM macam kedai Mak Jah dan Mak Teh. So Chegu Zain tengok Cik AA kemdian Cik AA tengok Chegu Zain...hehehe melalui tenungan je kami sepakat takmo makan kat kedai Pak Salleh...may b next time kot.... Way to Mak Jah stall.

Nie gambo gambo yg sempat di snap di Mee Udang Mak Jah stall @ Kuala Sepetang



Mula mula tengok menu dulu...apa ada...?

Aduh.....selak udang baru bole nampak mee

Mak Tok tak makan mee...so nasi goreng udang sepesel untuk MT

Anak Cik AA yang enjoy his mee udang..YummIeEE...

Malu malu beruang pulak si angah nie...

Nah anak dara Cik AA...punya nganga...

Pak Lang control buat pe...

Ha...tu dia..ending nya...





post signature

KeNaNgAn HaRi iNi aDaLaH uNtUk HaRi eSoK

PenYakit KaKi DaN MuLuT


Sisipan Pengalaman Cik AAbersama BB Intan



Cik AA pernah berhadapan dengan penyakit ini. Intan waktu tu baru genap 1 tahun. Cik AA tak perasan apa-apa pasal Intan jenis yang tak banyak ragam. Tapi Cik AA perasan air liur Intan selalu meleleh. Cik AA ingat Intan nak tumbuh gigi lagi. 




Kemudian selang beberapa hari Intan demam dan dia mula merengek. Cik AA mula perasan ada bintik bintik di tapak tangan dan tangan Intan. Cik AA tak ingat lain mesti campak nie. So Cik AA bawa Intan ke klinik. 

Tujuan Cik AA pegi klinik cuma nak periksa demam saja. Tapi Dr Tan meyakin kan Cik AA, Intan bukan demam campak tapi dapat penyakit kaki dan mulut. Apa lagi Dr Tan mula la interbiu Cik AA. Semua benda dia nak tahu. 

Cik AA pon tanya lah Dr Tan apa beza campak dan penyakit kaki dan mulut nie. Dr Tan pon dengan penuh berhemah menerangkan berbezaannya dan cara cara penjagaannya.

1. Tedapat bintik bintik kecil di sekitar tangan dan tapak tangan.
2. Juga terdapat di dalam mulut dan lidah manakala campak pula tidak.
3. Kanak kanak yg dijangkiti haruslah diasingkan dari kanak kanak yg lain.
4. Pakaian, tuala serta peralatan lain seperti cawan dan mainan tidak boleh dikongsi dan sebolehnya   
    dibasuh setiap kali pesakit memegangnya kerana penyakit ini ialah penyakit berjangkit.
5. Banyak minum air atau susu. kanak kanak yg sakit kurang selera makan kerana sakit di dalam mulut.
6. Bersabar kerana mereka akan sentiasa merengek dan meragam bukan kerana saja saja nak kan 
    perhatian tetapi penyakit ini mmg menyakitkan dan lenguh di sekitar sendi sendi mereka.
7. Banyaklah berdoa.





KeNaNgAn HaRi iNi aDaLaH uNtUk HaRi eSoK