Berniaga online vs offline


First thing first, Cik Esah nak tanya lah kan okey ke berniaga nie. Bukan tak pernah berniaga. Tapi kekuatan untuk menghadapi cabaran dan cobaan yang tak sanggup tu. hati Cik Esah tisu warna merah. huhuhu.....

Dari pengalaman Cik Esah, antara perniagaan online dan offline nie memang berbeza. Cik Esah dapati berniaga secara offline lebih berkesan. Dekati pelanggan gitu.

Manakala berniaga secara online pula ada juga bagusnya. Kan sekarang informasi di hujung jari sahaja. Cik Esah agak terperanjat bila ada student U yang perolehi puluhan ribu hanya dengan berniaga secara online di Insta. 

You all pernah bukak tak Insta. Jualan nampak macam suam suam kuku lembu jew. Tapi kuasa membeli ternyata beralih dari Facebook ke Insta sekarang. Trend barangkali.

Kebanyakan pembeli di Insta tergolong dalam kategori pembeli muda mudi. Umur diantara 15 hingga 30an. Jadi teknik promosi di Insta jauh berbeza dengan teknik berniaga di Facebook.

Offline biz tak disangkal dapat menambat pelanggan membeli hanya pada satu penjual dan produk sahaja. Contohnya perniagaan MLM yang banyak kena pergi convince orang perseorangan. Ha...jangan kata MLM nie ada kelemahan. 

Yang lemahnya bila ada upline yang mengajar berniaga sistem bukan produk. Cik Esah berpengalaman jika perniagaan MLM lebih fokus kepada produk inshaAllah perniagaan tersebut akan slowly develop. Dan pelanggan lebih suka dan terikat dengan you.

Meh ceqita pasai Facebook yaktu online pulak. Walaupun banyak sifu2 fbadds yang ada sekarang mempromosi kekdah2 menambat perhatian Facebookers tapi ada juga yang kurang berkesan. Bilamana masih ada yang tak tahu buat FBadds dengan betul. Alih-alih kena bayar adds yang lebih dari sales masuk. 

Tapi yelah kan kalau tak keluar modal untuk pengiklanan mana nak mai untung kan...Belajar perlahan-lahan, inshaAllah satu hari nanti pasti akan berjaya.

Kesimpulannya, okey tak berniaga nie...?
Bagi Cik esah okey sangat2....online dan offline bedal je la.....

KeNaNgAn HaRi iNi aDaLaH uNtUk HaRi eSoK