PBS @ KSSR


Apadia PBS nie Parti Bersatu Sabah ke....? Tak...Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

Baru nie pegi taklimat pasal PBS kat SP (dok hotel yeyw), so adalah sedikit kesilapan pasal pemahaman aku ttg KSSR nie. Pasai selama nie asyik sebut KSSR2x. Fail semua da tulis KSSR. Sebenarnya apabila diterangkan oleh Pn. Pouziah ritu, dekat fail-fail (contohnya fail murid) takleh ada perkataan KSSR langsung. Pasai pa...?

KSSR ialah kurikulum baru yang mengantikan KBSR dan apabila guru ingin membuat pentaksiran mestilah merujuk KSSR. Which is apabila kita buat PBS menggunakan KSSR. Fiuh...macam2 da....!!! Lani kat sekolah cikgu2 kelas dok repair balik la fail murid-murid. Mana yang ada perkataan KSSR nie terpaksa dipadam dan digantikan dengan perkataan PBS.

Harap-harap lepas nie dah tak de lagi apa-apa perubahan. Penat cikgu-cikgu nak wat pembetulan. Almaklum lah benda baharu. Orang kawen pun amik masa 10 taun untuk fasa pertama inikan pulak benda yang besar dan memberi impak kepada negara kelak.

Penambahan 1 fail untuk Penyelaras PBS.
Ini bermakna untuk PBS saja ada 5 fail wajib ada di sekolah masing-masing. jikalau ada sekolah yang lebih kreatif mungkin dibahagikan kepada banyak lagi fail. Fail-fail yang wajib ada di sekolah ialah:

1. Fail Induk (fail putih~fail yg diaudit @ ring fail) disimpan di pejabat ~ PK 1
2. Fail Penyelaras PBS (ring fail~ apa saja maklumat dalam fail induk mesti ada dlm fail penyelaras)
 3. Fail Murid (ring fail bagi setiap murid)

Fail Murid
Simpan di rak (kalau de tmpt dalam kelas , lebih baik)

4. Fail Showcase (ring fail jugak~ 1 kelas 1 fail )

Dulu Fail Pameran depa suh tukar lak Fail Showcase
5. Fail Guru (ring fail jugak)



p.s: fail tambahan seperti fail kes-kes khas amat perlu untuk PBS.



KeNaNgAn HaRi iNi aDaLaH uNtUk HaRi eSoK

Lupa Password


Assalamualaikum...

Jenuh jugak la dok qodek sana sini. Boleh lupa password blog sendiri (dah usang da blog nie). La nie tengah proses menyawang dan cat balik yg mana patut. Kasi cun balik. Huaaa....banyak cerita yg dah basi. kalau nak update juga takde masalah punya....

KeNaNgAn HaRi iNi aDaLaH uNtUk HaRi eSoK