Percutian yg singkat dan bermakna....
Sungguh bermakna. Angin Cameron Highlands berjaya menggamit kenangan 14 tahun yg lalu...
Gambar ini sangat terkesan di jiwa Cik Esah. 
Chegu Zain seorang yg romantik..?
Jawapannya, pasti mengecewakan. Dia bukan lelaki romantis. 

1. Jalan pimpin tangan...
>>nope!! a big NO! Cuma masa kami buat Umrah ritu je, takut bini hilang kowt. Kadang2, saja kacau dia, pegang tangan masa berjalan...dah serupa jalan dengan robot IE je...

2. Sebut " Arrah, I Love You " hari2...
>>demam Cik Esah kalau dia sebut.

3. Cium pipi kanan kiri..muahh..muahh...sebelum tido...
>>hah!!? 😲

4. Cakap "Arrah, awak cantik le hari ni"....
>>Selalunya kan, Cik Esah kena guna cara paksaan atau kena tanya macam budak2. Tantik tak saye rini....? 😗😗
Pikir 2 kali ye nak jawab.!! keh keh keh...😜😜

5. Sambut Besday atau ulang taun perkahwinan....
>>errrr..jap!! Ade tak, eh ada kowt...

Tapi...dia lah suami Cik Esah. Dia romantis dlm tingkah lakunya menjalani tanggungjawabnya sebagai kalifah Allah. 
Just look the way he smiled...menahan malu dan sayang dalam satu saat. Sungguh luar biasa...hey Chegu Zain, I love the way you are dear....😙😙
Abaikan entiti di tengah itew...look at how Chegu Zain reaction...shy2 dinosour gituew.
Taraaa....


KeNaNgAn HaRi iNi aDaLaH uNtUk HaRi eSoK

Pengembaraan Krabi dan Phuket Budget (part 2)


Berbalik kepada bilik yang kami sewa di KL House nie, memang bersih dan kecik sikit la. Kesimpulannya selesa untuk beradu. Ada water heater, econ, TV, almari baju, bilik air yg bersih serta tekanan air yg ohkey, tilam yang takde pepijat dan tak berkapet. Ruang yang tinggal hanya muat2 untuk bersilat ngan anak2 dan bersolat. Tapi Chegu Zain kalau nak solat dia pegi solat kat mesjid je. Walking distance jew pown.

Yezza...dah fresh2 mandi manda. Boh bedak wahngi wahngi, acara seterusnya.....acara peberet Cik Esah. Acara mencari tom yam. Kami keluar dari hotel terus jalan ke arah masjid. Pasal kat situ tadi Cik esah nampak banyak gerai bulan dan bintang. Yumeh yumeh semuanye. Somtam ler, teh ais ler, moi sup ler,...apa lagi soping makanan ringan dulu. Mamam sambil berjalan memang ohsem rasanya. Tak mahal makanan di sinun. Ala2 kat Mesia la jugak. Dalam dok jalan jalan anak anak dah terkinja kinja nak naik tut tut. Nak pi mana ntah nak nek tut tut..? macam la depa ada idea nak pi mana. Cik Esah dah meleleh er liur memikiorkan tom yam gung Cik Esah nie.

Agaknye Chegu Zain malas nak melayan kerenah anak teruna dia yang maha baik nie sorang ( tak lain tak bukan) asyik majuk je..., dia tahan tut tut nak cari restoren. Sebut je Tom Yam, dreba tut tut tu pun paham ler...Naik naik dia hantar kat restoren depan dengan hotel kami. ces...buang karen jew. Nama restoren tu ko tak silap Restaurant Lemon Grass. Ada ikan bakar2 yg fresh2 lagik. Oh may gucci. Ramainye orang Mesia. Dah satu pasal anak2 tak puas naik tut tut. Ye la....mau tak puas. Kalau berjalan tadi mau sepuluh langkah kanak kanak umo 4 tahun jew. ces....sekali lagik. So nak bayar dreba pun tak berbaloi kan. Chegu Zain said...wait, we eat first, then we walk walk. Paham lak dreba tu. Kalu cakap English standard tak plk depa paham. Cheq pun pening la ngan depa nie. Cikgu English depa ajaq macam tu kowt kat sekolah.

So....hapa lagi. Cheq punya la hoder tak hengat diri. Mahai pun tarrapa. Tapi still on budget. Anak anak tak mo makan. Depa oder minuman jew. Chegu Zain ngan Cik Esah je la yang makan. MashaAllah....memang sedap habaq hampa. Lain no....makan kat Mesia. walaupun memang orang Pattani yang masak. Rasa len ammat. Baq hang. Dok Taip nie pon err liuq kecau dalam mulut.
Cina berdiri belakang tu pon orang M'sia gak tu.

Dah abis makan, Chegu Zain panggil dreba tut tut. Kami ronda2 kot tepi pantai ngan hotel hotel mewah kot situ. Berenti snap few pictures dan dan mengantuk. Kepenatan ya amat. Mata nie dok nampak bantai ja. huhuhu. Tak tahan dolat betoi. Anak anak tak puas lagik. Tapi bila bermesyuarat (sempat mesyuarat tuh....) habaq kata nak pi 4 island esok, berenang renag tengok ikan Nemo, masing masing setuju sebulat suara nak balik bilik dan tidooooooo......

Dah masing masing lelap, Cik Esah dok men internet sat. WIFI free khen...Chegu Zain dia kata nak keluaq sat amik angin. ke buang angin pon tatau la. almost 15 minit dia mai masuk bilik dok gerak cheq soh mai makan pan cake. Mamun ka apa nie. Ingat time sahoq ka dok gerak2 org tido soh makan.

Mai la makan....sedap nie. Abang seha cari pan cake nie ( ayat orang laki no...seha cari kunon, macam jauh benar tempat tu...kkikiki ). Tapi ingatan U kat I yang buat I terharu...muahhhh comolot sikit. Dia bungkus 2 jenis pan cake. satu nuttella dan satu lagi pan cake manggo with cinnamon. WoW!!! memang sedap pan cake nie. Melting you....gila tak sedap. Kalau hampa pi sana cari pan cake nie. Nama warung tu Pan Cake Pak Aziz. Thumbs up n up. Satu RM5.00 ja. Alah...macam roti canai kowt, tapi agaknya makan kat tempat orang sedap dia len macam.
Cik Esah paling sukew yang ada manggo...yummmeh!!

Bersambung nah....nak kumpui idea nak mengarang sat....

KeNaNgAn HaRi iNi aDaLaH uNtUk HaRi eSoK

Pengembaraan Krabi dan Phuket Budget (part 1)


Entry kali nie...tetibe kan. Panjat tak!!??. Ingat tuan rumah dah pindah khennn. Setahun Tak hapdet blog. Tetibe stroke teringat nak hapdet blog. Itu yang besh nye kalau ade blog sendiri dan FREE. hehehe...

Entry nie sebenarnya requested by my laling. Dia jarang komen hape2 pun tentang blog mahupun FB Cik Esah. Tetiba malam nie dia kate rindu nak baca blog Cik Esah  yang penuh nostalgia dan bahasa2 nakal dan shomel. Ala ala bahse teenagers ewituu.... Hello!!! You wife still young tauu. Thats why bahse dia melambangkan jiwa raganya.

Orait TQ bace intro dengan sabo. Lets us start the journey.

 Cerita nie sebenarnya cerita tahun 2014. Cuti sekolah bulan Disember. We decided nak pegi melancong ke Indonesia benarnye. Tapi sejak cerita sedih yang dialami seluruh dunia tentang pesawat Malaysia tu, Cik Esah mmg fobia dengan plane. Jadinye pegi yg boleh travel dengan kereta je la.
Yang beshnye percutian iolss emangnye budget lah. Kalau tak budget memang bukan Cik Esah le ye.

Cik Esah amat bersyukur kepada bloger2 yg tak kedekut ilmu dan pengalaman tentang travel ke Krabi dan Phuket. Kebanyakannya Cik Esah memang ambil dari pengalaman hampa, tau dak..

Cik Esah tak ambil travel ejen. Kalau ambik kena caj untuk depa plk kan. Pastu tak adventure meh..Semuanya diatur dan berjadual.  Kami memang survivor traveler. So 2 minggu sebelum perjalanan dengan rasminya Cik Esah menamakan percutian budget kali ini sebagai DRIVER SAGA FLX KENTAL. (Cik Esah ngan anak2 suke tengok cite Bikers Kental...terbawa2. Do do do do tur turm...)
Dekat 2 bulan dok ushar gambor nie sebelum betul2 pergi


Ermmm...mmg kental. Respect betul dengan kereta Proton Saga keluaran Malaysia. Bayangkan kami bertujuh di dalam kereta Saga FLX 1.3 berwarna merah mengharungi negara orang. Terasa kerdil di jalanan negara asing tu. hehe...sedikit cuak (sedikit..??? memang cuak gile gile) and happy. Gosh...

Oh sebelum terlupa, kami guna passport berkumpulan untuk travel ke Krabi dan Phuket. Border Pass hanya boleh guna sampai Hatyai dan Songkla je. Rugi lorrr...border pass kami. Ketua rombongannye sudah pasti le Chegu Zain. Harga untuk buat Pasport Berkumpulan ialan RM200 (tak termasuk gambar). Geran kereta jangan lupa ye. Dan penting untuk buat insuran juga. Pheww....

Muka happy and over exited hari pertama
 Gambar di atas tu gambar hari pertama ketika berada di Bukit Kayu Hitam. Masa nie Chegu Zain tengah buat insuran dengan ejen insuran tepi jalan. Masa tu awal pagi lagi. huhuhu....Kami bertolak dari rumah mak tok di Alor Setar pukul 9 pagi. Boh dulu minyak full tank dekat Petronas Bukit Kayu Hitam. Jumpa pak long yg baru keluar dari Danok. Dia kata minya hari nie murah kat Thailand, RM3.40. Untuk pengetahuan seme, minyak kat sana naik turun hari hari. Mampuss. Tapi yg pelik takde rakyat depa dok mogok noh. Redha dan istiqamah sungguh depa nie.

Chegu Zain dah takde darah gemuruh nak buat urusan masuk ke Sadao. Dengan gaya machonye parking kete dan buat urusan. Berbeza dengan guna border pass, kami satu family kena turun ke kaunter immigration Thailand tu. Kami ada tujuh orang so...kena le selit RM7 kat pak immigration Telend tu.

Dah habis urusan kat kaunter, kena buat urusan tukaran wang pulak. Time Cik Esah pegi ritu time mata wang depa up up high. Tukaq RM1000 dulu. Then beli internet pre paid RM28. Pasal nak guna waze. huhuhu....penting juga data internet ketika perjalanan. Bukan nak puji la...line depa laju giloss. Anak anak seme exited gila termasuk ler Cik Esah. Dah baca doa perjalanan kami pun bertolak..

Dari Sadao ke Hatyai terasa sekejap je. Mungkin batu, pokok pokok dan rumput dah kenai kami kowt..ehek...my oh my...from Hatyai ke Krabi melalui Patalong memang terasa lama. Erkk...ayat klise, batu-batu dan pokok pokok dok bagi salam, sebab tu rasa lambat. huh huh...

Dalam perjalanan dari Hatyai, Cik Esah ade bisik2 kat driver kental Cik esah nak makan Mee Daging yang macam filem Bikers Kental tuh. He just nobs his head. Yehuuuh. Tapi malang nye idak ketemu deh...

Punye la lapo. Gatai nak makan mee daging lagi. Sepanjang jalan tadi ade je muslimin muslimat juai ayam golek dan buah buahan. tak mo. Nak tunggu mee daging jugak. Akhirnya sampai ke satu kawasan yang ada masjid dan gerai2 Melayu Pattani. Park kete terus park montot dan oder. Tujuh orang kami oder makanan yang sama,Nasi Goreng Ayam. Perghhh....tatau la kenapa sedap sangat. Kerana perut lapar kah atau sememangnya sedap. Satu ja kat sini. Kalau makan kat gerai gerai kampung memang depa sediakan minuman free iaitu air kosong. Bkn air kosong je, depa bawak mai ais ketul setiap seorang dalam gelas. Masa kami makan tu ada couple dari M'sia berenti makan situ jugak. Depa bikers kental kowt, pasai depa mai dua laki bini ja. Sempat le senyum dan bagi salam. Oh lupa. Rege makanan tak mahal sangat, cuma RM3.50 sepinggan. burppp!!! Alhamdulillah. Nasi goreng ayam yang marvelous berlambak.

Dari tempat kami berenti makan tadi tak le lama nak sampai ke Krabi. Sampai pekan Krabi muka Chegu Zain dah berubah. Dia tanya, nie ke Krabi. Mana pantai...? huhuhu. Cik Esah dengan manjenye ajak cari hotel dulu. Cik Esah sempat le terang kat Chegu Zain, orang mai je Krabi tapi dok kat Ao Nang. Moh kite ke Ao Nang.

Chegu Zain kata selagi dia tak nampak laut/pantai dia tamau berenti cari hotel. Hokey babeh. Its up to you. Kami sampai pun dah agak gelap sikit. Maklum le masa depa cepat 1 jam dari kita. Budak budak sekolah baru balik time tu. Comei comei aihhh.

Sampai je kat Ao Nang, Chegu Zain drive straight ke pantai. Bagi dia pueh hati. Senyum...santek kan..? kan..?. Baru le dia kata nak cari hotel. Cik Esah saje tak book awal2 hotel melalui Agoda. Nak pi tengok dulu. Nak cari tempat yang sesuai. So kami decided nak cari tepi pantai. Oh Mai Gosh. Opkos la mahai kowt. Memang mahal. RM150 sebilik. So, Cik Esah cakap jom londe londe lu arrrr...cillex lorrr.

Chegu Zain kendian cari masjid nak solat.Masa Chegu Zain ngan anak2 solat Cik Esah melilau dalam Agoda carik bilik murah. Yes!!! ketemu dong. Besh jugak kawasan masjid nie. Kebanyakan gerai kot sini Halalan dan Toyyibban. Harap2 bilik yang Cik Esah nak tempah tu berhampiran masjid. Usai solat Cik Esah ajak Chegu Zain carik hotel nie KL HOUSE. Miahaha...tipu lor map yg Agoda bagi. Carik tak jumpa. Terpaksa tanya orang. Tanye la receptionist hotel kot kot situ. Akhirnya jumpa. Hurm...patut le tak jumpa, dok tengah2 deretan rumah kedai.

Dari gambaran luar tu nampak ohkey and ohsem. Dan memang seperti yang Cik Esah nak, berhampiran masjid dan kedai makan Halal. Tapi kot sini tak payah risau kowt. Kebanyakan memang kedai makanan di sini Halal. Bombay food pon ado, kawwwww.

So, lepas dah settle ambik kunci bilik dengan receptionist tu, kami pon masuk dan mandi. Siap sedia untuk aktiviti malam. Ape lagi carik tom yam lorrr.. Oh lupe. Rege bilik memang murah, 1 bilik RM90. So kami ambik 2 bilik. Risau jugak takde attached room. Tapi receptionist tu kate...Dont worry, here safe. Dia memang fasih cakap English. Macam dok Hamereka pulak rasa bila cakap dengan budak pompuan nie. Chegu Zain happa lagik, tunjuk skill ayat power lor...
Nanti Cik Esah hapdet keberkesanan ayat power Chegu Zain mengayat awek telend tu.

Chomel anak2 walaupun letih

Jangan keliru yek...KL House bukan bermaksud tokey dia orang KL. huhuhuhu...itulah yg Cik Esah anggap mula2. Yey hotel orang M'sia. Pandai orang M'sia nie cari rezeki nooo..Rupa2nya anggapanku musnah belaka. Dammm



KeNaNgAn HaRi iNi aDaLaH uNtUk HaRi eSoK