One day before Ramadhan Part 2



Assalamualaikum....

Ini adalah kesinambungan One day before Ramadhan.Ape yang kitaorang buat, makan dan lakukan....? Teruslah membaca ye....

Kami sekeluarga selamat sampai di Bt Pahat pada jam 7.10 petang. Singgah jap di Carefour BT Pahat, beli buah buahan for Mak Jah. Ayah beli dokong, apple (favorite Mak Jah), honney dew dan sebungkus potato bun. Bergerak ke Parit Sulong...... Mak Jah and her neighbor ada di dapur. Sambil tersengeh menyambut kedatangan kami. Aku turun dan bersalaman dengan mereka berdua. Mak Jah nie kurang pendengaran, jadi kalau nak cakap ape ape kena tengok direct kat muka dia...he he he. Nothing much lah happen hari nie cuma anak anak sedikit teruja melihat ke arah PERIGI......

Sebenarnya ibu ngan ayah pun teruja jugak. Mau taknya, perigi tu lah antara agenda penting bila kami sekeluarga datang ke rumah Mak Jah. He he he....wait until tomorrow babey...Setelah semua barang dah dibawa turun, anak-anak dah siap mandi, ibu ngan ayah pun dah wangi...apa lagi shoru time la kan...pelik lah, bila je datang rumah Mak Jah selalu je rasa lapar. Hem....sebenarnya Mak Jah nie kalau masak ape pun SODAP....thats why la. Sebagai pencuci mulut kami dihidangkan dengan pulut manis .....

Angah seronok menjamu selera...

Untuk makan malam pulak, Mak Jah sediakan tempe masak lemak dan ikan asin bersama ayer kopi indon (rasa cam nescafe) .....yummie...sedapnya sampai ayah tambah 2x. Walaupun masakanya simple tapi menyelerakan je. Tukar tempat lah katakan...lagi satu bukan kita yang masak...ki ki ki...

Tidor time.....

Sekali lagi...anak anak akan teruja, ape taknya nenek akan pasang KHEMAH!...Seronoknya derang nak tidur dalam kelambu. Jenoh ibu ngan ayah siapkan, takut nanti si nyamuk durjana masuk. Memang derang nak bagi nyamuk masuk pun....seronok nak pap pap nyamuk. Senang, boleh main ligan ligan nyamuk dalam kelambu....ish...anak anak nie. Yang kecik pun satu kecoh betul mulut mengalahkan abang abang dia lagi. Last sekali...dah letih sangat kot....senang je ke empat empat orang nie tidur. Aman sikit suasana. Aisss pe lagi, nama pun holiday...ayah ngan ibu berehat la sambil tengok astro. Syioknya dapat lepak-lepak macam nie selalu kan.........


Keesokan harinya...........

Hari yang ceria dan mendamaikan dan airnya.....zasss sejuk gila beb. Apa pun kewajipan tetap dijalankan. Anak anak semua dah bangun dan buat kecoh kat dapur. Tapi masing masing tak mo mandi lagi. Mak Jah tengah buat Peknga he he he....ala macam roti canai tu just masukkan tepung ngan kelapa parut and add sedikit garam...dan cara masaknye, tempek je dalam belanga ala ala pan kek la tu. Ouh....seleranya makan!.Sambil makan tu sempat lagi buat mensyuarat untuk agenda masak masak tengahari nanti...Aku nak botok botok (mmg favorite aku), so nak kena beli ikan tenggiri...nak bakar ikan....ikan tuka sedap nie.....nak wat asam pedas.....ikan pari memang sesuai....wah wah...jom bang kuar pegi pasar. Yok kita.....

Di pasar.......

Anak-anak tak leh bawak ek....nanti leceh nak membeli ke nak tengok anak?!. Okey, setiba kami di pasar kami segera mencari apa yg dalam list je, jimat masa. Seronoknya di pasar Bt Pahat nie...meriah!!Kebanyakan peniaga adalah melayu. Ikan pun fresh2x maklum lah dekat ngan tempat ikan naik. Pari2x yg ada besar2x dan nampak segar. Ramah betul peniaga2x ikan kat sini. Terasa macam kampung halaman pulak. Sempat lagi aku tanya hubby....Ayah kalau kita pindah sini besh kan kan?...macam budak2x yang pegang lolipop. Hubby pun sengeh je..okey la tu!!!. Dah abis shopping ikan dan pekakas yang lain dan berpuas hati dengan barang yg ada kami pun berangkat pulang ke rumah. Time for cooking.....

Time for cooking.....

Di rumah, Mak Jah sebok mencari bahan bahan nak buat botok botok kegemaran aku tu. Hem....Aku terus bawa barang yg dibeli ke dapur dan terus mencuci ikan ikan.


Antara bahan untuk botok botok
Rupa botok botok yg dah siap


Anak-anak lagi la haru....along yang tak mandi mandi angah dan alang dah buat projek luar. Memang anak ibu lah....kampung girl.

Amboi seronok no.....kait buah moktan

Tukang kutip buah....
Tukang tengok dan tukang makan...




KeNaNgAn HaRi iNi aDaLaH uNtUk HaRi eSoK

One day before Ramadhan


Assalamualaikum...

Last week sempat pergi melawat Mak Jah @ Batu Pahat. Kami satu family bertolak petang sikit lepas ayah balik tuition. Nie kira pi holiday lah...Aku mintak drive dari PJ hingga lah ke destinasi yg aku mampu. Permulaan perjalanan seem okey. Tapi tiba-tiba je tersalah jalan....pe lagi navigator pun muncung je, panas hati la tu, ckp dia tak nak dengar. di pertengahan jalan hujan turun lebat selebat lebatnya. Masyallah macamana aku nak buat nie, aku nampak jalan tu putih je.....nak mintak tolong orang kat sebelah tu dah wat wat tidoq. Jadi mau tak mau kena jugak lah redah hujan tu.....Ter nampak sign board ke Putra Jaya. Fiuhhhh...lega. Betul jugak lah jalan yg aku ambil ni.

Sedang aku concentrate kat depan tiba-tiba sebuah kereta Proton Saga memotong kereta aku....Ewah cam tulis karangan periksa UPSR lak....Laju gak lah hujan lebat-lebat nie. Nun di depan, aku terpana dek kerana nampak kereta Proton Saga tadi berpusing pusing. Seakan terhenti degupan jantung melihat adegan live depan mata. Proton Saga tadi terus berputar sebanyak 4 kali sebelum ter turn turtle di tepi jalan. " Ibu jalan terus bu....jalan terus". Mulut aku terkumat kamit membaca apa yg patut. Kesian menebal di hati melihat kejadian tu...apalah nasib pemandu kereta Proton Saga tadi. Tapi aku tak boleh berhenti memandangkan aku membawa family. Melalui cermin pandang belakang aku nampak dua tiga kereta berhenti, untuk memberi bantuan agaknya. Alhamduliallah.....

Ayah...ibu nak berhenti la...ayah lak bawak ek...,buat sora takut. Bawak! sekali dia bg arahan da.....Bawak lah aku dengan perasaan takut yg menebal. Apa lagi akai aku nak bagi nie...."Ayah....lapaq la", agaknya nie alasan yg munasabah memandangkan kami belum makan ape2. "Okey gak, berentila kat mana-mana". Yeszzz berjaya akhirnya. Pe lagi nampak je sign board R&R Ayer Keroh...zasss aku kona ke kiri.


Ayah layan Hafizuddin @ R&R Ayer Keroh Melaka

Hafizzudin sempat wat kawan @ Ayer Keroh


Itu lah dia...pengalaman aku menyaksikan kemalangan live pastu fobia sorang sorang. Salah aku gak lah kan merengek nak bawak kereta. Nanti aku update ape yang kami se family wat kat rumah Mak Jah aka Nenek Jah. Besh tau...

KeNaNgAn HaRi iNi aDaLaH uNtUk HaRi eSoK

Siakap Stim


How to make.......


Bahan-Bahan
Ikan Siakap (ikut le nak saiz besar ke kecik)

Bahan dipotong
Capsicum
Batang Sup
Halia Muda (biar banyak)
Serai
Tomato
Bawang Besar
Bawang putih dicincang halus
Asam (dalam masakan ini sy gunakan belimbing buluh)

Bahan-bahan lain
Cili padi (diketuk)
Daun Kesin
Air secukupnya
Garam dan Gula secukup rasa
 
Cara Memasak 
Masukkan ikan dalam bekas (yang muat dalam pengukus)
Masukkan bahan-bahan yg telah dipotong dan semua bahan lain.

*Bahan-bahan yg cepat lembik masukkan akhir sekali
Tomato, Capsicum dan Daun Kesin.

Walah....dah siap.
Masakan nie dah masak minggu lepas.....tp macam nak masak lagi untuk berbuka sbb senang nak buat cuba lah......

KeNaNgAn HaRi iNi aDaLaH uNtUk HaRi eSoK

ALLAH Loves Us...


SURAT LAYANG DARI ALLAH...
Saat kau bangun pagi hari, AKU memandangmu dan berharap engkau akan berbicara kepada KU, walaupun hanya sepatah kata meminta pendapat KU atau bersyukur kepada KU atas sesuatu hal yang indah yang terjadi dalam hidupmu hari ini atau kemarin.. Tetapi AKU melihat engkau begitu sibuk mempersiapkan diri untuk pergi bekerja.. AKU kembali menanti saat engkau sedang bersiap, AKU tahu akan ada sedikit waktu bagimu untuk berhenti dan menyapa KU, tetapi engkau terlalu sibuk..

Disatu tempat, engkau duduk disebuah kursi selama lima belas minit tanpa melakukan apapun. Kemudian AKU Melihat engkau menggerakkan kakimu. AKU berfikir engkau akan berbicara kepada KU tetapi engkau berlari ke telefon dan menghubungi seorang teman untuk mendengarkan khabar terbaru.

AKU melihatmu ketika engkau pergi bekerja dan AKU menanti dengan sabar sepanjang hari. Dengan semua kegiatanmu AKU berfikir engkau terlalu sibuk mengucapkan sesuatu kepada KU. Sebelum makan siang AKU melihatmu memandang sekeliling, mungkin engkau merasa malu untuk berbicara kepada KU, itulah sebabnya mengapa engkau tidak menundukkan kepalamu. Engkau memandang tiga atau empat meja sekitarmu dan melihat beberapa temanmu berbicara dan menyebut nama KU dengan lembut sebelum menyantap rezeki yang AKU berikan, tetapi engkau tidak melakukannya.. Masih ada waktu yang tersisa dan AKU berharap engkau akan berbicara kepadaKU, meskipun saat engkau pulang kerumah kelihatannya seakan-akan banyak hal yang harus kau kerjakan.

Setelah tugasmu selesai, engkau menyalakan TV, engkau menghabiskan banyak waktu setiap hari didepannya, tanpa memikirkan apapun dan hanya menikmati acara yg ditampilkan. Kembali AKU menanti dengan sabar saat engkau menonton TV dan menikmati makananmu tetapi kembali kau tidak berbicara kepadaKU..

Saat tidur, KU pikir kau merasa terlalu lelah. Setelah mengucapkan selamat malam kepada keluargamu, kau melompat ke tempat tidur dan tertidur tanpa sepatahpun nama KU, kau sebut. Engkau menyedari bahwa AKU selalu hadir untukmu. AKU telah bersabar lebih lama dari yang kau sedari. AKU bahkan ingin mengajarkan bagaimana bersabar terhadap orang lain. AKU sangat menyayangimu, setiap hari AKU menantikan sepatah kata, do'a, fikiran atau syukur dari hatimu.

Keesokan harinya.. engkau bangun kembali dan kembali AKU menanti dengan penuh kasih bahwa hari ini kau akan memberi Ku sedikit waktu untuk menyapa KU.. Tapi yang KU tunggu.. tak kunjung tiba.. tak juga kau menyapa KU. Subuh.. Zuhur.. Asar.. Maghrib.. Isya' dan Subuh kembali, kau masih mengacuhkan AKU.. tak ada sepatah kata, tak ada seucap do'a, dan tak ada rasa, tak ada harapan dan keinginan untuk bersujud kepadaKU.. Apa salah KU padamu.. Wahai hamba KU????? Rezeki yang KU limpahkan, kesihatan yang KU berikan, harta yang KU relakan, makanan yang KU hidangkan, anak-anak yang KUrahmatkan, apakah hal itu tidak membuatmu ingat kepadaKU............!!!!!!! Percayalah AKU selalu mengasihimu, dan AKU tetap berharap suatu saat engkau akan menyapa KU, memohon perlindungan KU, bersujud menghadap KU.. Yang selalu menyertaimu setiap saat..


KeNaNgAn HaRi iNi aDaLaH uNtUk HaRi eSoK

Wanita ......Proud to be Wanita


Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.


Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.


KeNaNgAn HaRi iNi aDaLaH uNtUk HaRi eSoK

Last Injection


Assalamualaikum,

Fiuh....baru boleh buka my blog. Finally. Sambil-sambil basuh kain yang seraga dah nie. Hari nie adalah dua tiga pekara yg berlaku. Pertama, Pegi klinik kesihatan. Rupanya aku dah lewat.....jeng jeng jeng....lewat amik suntikan untuk BB Hafiz. Lewat dua bulan lak tu. Dah misi tu bagi kelas free kat aku. Tapi tak pe yang penting BB dapat suntikan tu. Mahal tau kalau nak ambil suntikan tu kat klinik biasa, RM 90 jugak la. Suntikan yang akhir untuk BB, alah yg setahun setengah tu (DTAP).

Yang bestnya, ni la first time aku bawa anak sorang sorang ke klinik untuk check up. Selalunya ada body guard. My hubby ke UPM this morning. Hah!!! kena bawa Hafiz sorang-sorang???? Pukul 12.45 tgh aku ke sekolah dulu, tulis nama dalam buku kedatangan. Jumpa Puan Rahimah dan bagitau dia yg aku kena bawak BB untuk inject. She says okey, thak Puan coz memahami. Then dalam pukul 1.25 petang, aku pun start injen keta dan merempit di jalan SS 12. Sampai je kat pintu pagar dah nampak si kecil tu menunggu aku (dah pesan kat dia "tunggu ibu tau nanti ibu balik amik BB"). Mula la kecoh mulut dia cari kunci. Macamlah sampai nak buka pintu kat ibu.


Sambil sambil tu kecoh juga la mulut dia nak cari kasut Ben 10 dia. Ke hulu ke hilir sambil sebut "ten...ten". Hafiz, oh Hafiz...BB ingat ibu nak bawak makan ais krim ke yang besh sangat nie. Aku pulak sebok tengok baju dia yang terkoyak sikit. Isshhh tukar dulu lah, tak elok la pakai baju macam nie BB. Walaupun aku target 1.30 ptg mesti kena terpacak depan kaunter nak ambil no giliran. Takut juga kalau ramai yang sampai dulu dr aku.Eeee bau kari lah pulak, basuh mulut sikit ye then ha pakai bedak nie. Okey we are ready, jom jangan buang masa lagi. Terkedek-kedek BB lari di depan aku. Hah BB...duduk kat mana..? soalku pd anak kecik yang manis depan ku. Dia tersenyum dan beredar ke tempat sepatutnya. Pandai BB ibu nie.

Sampai je kat klinik, ambik parking sempoi sikit (tempat teduh). Fuhhh...melihat kan keadaan parking yang banyak kosong, aku yakin aku adalah insan yang awal tiba di situ. Jom BB kita masuk. Buka je pintu depan dah nampak dua tiga orang dah tunggu giliran. Aikkk....ada juga lebih awal??? Baru pulul 1.35 ptg, tak pe, jom BB amik nombor dulu. 2172 angka giliran kami. Huh! kena tabahkan hati. BB jangan nakal nakal tau ayah takde ni. Nanti ibu ke na jadi macam pengadil bola worl cup pulak.

 1.45 ptg...ayah call!!!? Kenapa bang..Buat sora letih sikit. "mai amik abang sat, abang dah sampai rumah nie". Ye ke?!!! pura-pura terkejut he he he tapi syiok nye. " Tak pa la, mesti abang letih, rehat la", pura pura lagik.." Mai la". tup! aku dengan pantasnya mendukung BB yang leka bermain. Rempit lagi.

Sampai je depan pagar rumah, dah nampak muka ayah yg penat tu. " Sat ayah solat dulu na....". BB dah tak sabar nak turun. Ayah datang tersengeh sengeh. "Awat yang balik awai, kata nak balik malam". Senang je jawapan hubby aku bagi. "Sian kat ibu".

Hem..sampai je pintu pagar klinik kesihatan Taman Medan dah tak nampak tempat kosong untuk kereta aku. Dah ramai la nie....Cepat cepat nanti misi panggil nama kita tak dak. Namun sangka ku silap. Kami terpaksa tunggu sampai pukul 2.30 untuk Hafiz diperiksa. Tu belum masuk ke bilik lagi. Huang huang huang....tunggu lagi. Akhirnya nombor 2172 tertera di skrin. Ayah pun nak masuk?? Okey. Di dalam aku kena lecture ngan misi yg lahir tahun 1976 nie. Apa aku buat...? Tak buat ape la, dah memang salah kita, senyum je. "Okey nie cucuk yg last ye, pas nie kalau tak nak datang pun boleh, lagi bagus datang lah ye. Tunggu depan bilik cucuk na".

Depan bilik injection tu..aku sempat pandang suami aku, hem..senyum je...syiok le tu aku kena lecture. Dia seakan faham tenungan nagaku. " Lain kali be alert. Tak leh harapkan ayah semua tau". Kena lagi?? MUHAMMAD HAFIZUDDIN MOHD ZAINURI. Nasib bek misi tu dah panggil.O oh! aku hulurkan BB kepada ayahnya.

BB seakan mengerti yang dia akan terima habuan hari nie. Tak banyak meragam dia atas ribaan ayah. Cet!...Hua Hua hua...hu uuu.

Sekejap je BB nangis. Kuat sungguh semangat anak ibu nie. Cuma dia asyik ngadu, "cit...cit" sakit lah tu. Aku pun bergegas lah keluar memandangkan jam dah 3.05 ptg. Argh...dah lewat nie. Perut pulak berlagu je nie. Jom BB nanti soh mak teh letakkan ubat na...

Malam nie BB macam dedar sikit. Jalan pun seret kaki..(depan ibu ngan ayah je). Bagi ubat demam dan soh tido. Night BB. Fuh...penat jugak ye. Tapi hariku terisi dan hariku berlalu pantas penuh bermakna. Mau taknya, BB mendapat suntikan penuh ALHAMDULIALLAH. Hubby pulak sanggup balik jauh jauh nak temankan kita SYUKUR. Dapat mengajar kelas lepas rehat seperti biasa. Yehooo...hariku sempurna. Thak You ALLAH for all nikmat you give.

KeNaNgAn HaRi iNi aDaLaH uNtUk HaRi eSoK