Last Injection


Assalamualaikum,

Fiuh....baru boleh buka my blog. Finally. Sambil-sambil basuh kain yang seraga dah nie. Hari nie adalah dua tiga pekara yg berlaku. Pertama, Pegi klinik kesihatan. Rupanya aku dah lewat.....jeng jeng jeng....lewat amik suntikan untuk BB Hafiz. Lewat dua bulan lak tu. Dah misi tu bagi kelas free kat aku. Tapi tak pe yang penting BB dapat suntikan tu. Mahal tau kalau nak ambil suntikan tu kat klinik biasa, RM 90 jugak la. Suntikan yang akhir untuk BB, alah yg setahun setengah tu (DTAP).

Yang bestnya, ni la first time aku bawa anak sorang sorang ke klinik untuk check up. Selalunya ada body guard. My hubby ke UPM this morning. Hah!!! kena bawa Hafiz sorang-sorang???? Pukul 12.45 tgh aku ke sekolah dulu, tulis nama dalam buku kedatangan. Jumpa Puan Rahimah dan bagitau dia yg aku kena bawak BB untuk inject. She says okey, thak Puan coz memahami. Then dalam pukul 1.25 petang, aku pun start injen keta dan merempit di jalan SS 12. Sampai je kat pintu pagar dah nampak si kecil tu menunggu aku (dah pesan kat dia "tunggu ibu tau nanti ibu balik amik BB"). Mula la kecoh mulut dia cari kunci. Macamlah sampai nak buka pintu kat ibu.


Sambil sambil tu kecoh juga la mulut dia nak cari kasut Ben 10 dia. Ke hulu ke hilir sambil sebut "ten...ten". Hafiz, oh Hafiz...BB ingat ibu nak bawak makan ais krim ke yang besh sangat nie. Aku pulak sebok tengok baju dia yang terkoyak sikit. Isshhh tukar dulu lah, tak elok la pakai baju macam nie BB. Walaupun aku target 1.30 ptg mesti kena terpacak depan kaunter nak ambil no giliran. Takut juga kalau ramai yang sampai dulu dr aku.Eeee bau kari lah pulak, basuh mulut sikit ye then ha pakai bedak nie. Okey we are ready, jom jangan buang masa lagi. Terkedek-kedek BB lari di depan aku. Hah BB...duduk kat mana..? soalku pd anak kecik yang manis depan ku. Dia tersenyum dan beredar ke tempat sepatutnya. Pandai BB ibu nie.

Sampai je kat klinik, ambik parking sempoi sikit (tempat teduh). Fuhhh...melihat kan keadaan parking yang banyak kosong, aku yakin aku adalah insan yang awal tiba di situ. Jom BB kita masuk. Buka je pintu depan dah nampak dua tiga orang dah tunggu giliran. Aikkk....ada juga lebih awal??? Baru pulul 1.35 ptg, tak pe, jom BB amik nombor dulu. 2172 angka giliran kami. Huh! kena tabahkan hati. BB jangan nakal nakal tau ayah takde ni. Nanti ibu ke na jadi macam pengadil bola worl cup pulak.

 1.45 ptg...ayah call!!!? Kenapa bang..Buat sora letih sikit. "mai amik abang sat, abang dah sampai rumah nie". Ye ke?!!! pura-pura terkejut he he he tapi syiok nye. " Tak pa la, mesti abang letih, rehat la", pura pura lagik.." Mai la". tup! aku dengan pantasnya mendukung BB yang leka bermain. Rempit lagi.

Sampai je depan pagar rumah, dah nampak muka ayah yg penat tu. " Sat ayah solat dulu na....". BB dah tak sabar nak turun. Ayah datang tersengeh sengeh. "Awat yang balik awai, kata nak balik malam". Senang je jawapan hubby aku bagi. "Sian kat ibu".

Hem..sampai je pintu pagar klinik kesihatan Taman Medan dah tak nampak tempat kosong untuk kereta aku. Dah ramai la nie....Cepat cepat nanti misi panggil nama kita tak dak. Namun sangka ku silap. Kami terpaksa tunggu sampai pukul 2.30 untuk Hafiz diperiksa. Tu belum masuk ke bilik lagi. Huang huang huang....tunggu lagi. Akhirnya nombor 2172 tertera di skrin. Ayah pun nak masuk?? Okey. Di dalam aku kena lecture ngan misi yg lahir tahun 1976 nie. Apa aku buat...? Tak buat ape la, dah memang salah kita, senyum je. "Okey nie cucuk yg last ye, pas nie kalau tak nak datang pun boleh, lagi bagus datang lah ye. Tunggu depan bilik cucuk na".

Depan bilik injection tu..aku sempat pandang suami aku, hem..senyum je...syiok le tu aku kena lecture. Dia seakan faham tenungan nagaku. " Lain kali be alert. Tak leh harapkan ayah semua tau". Kena lagi?? MUHAMMAD HAFIZUDDIN MOHD ZAINURI. Nasib bek misi tu dah panggil.O oh! aku hulurkan BB kepada ayahnya.

BB seakan mengerti yang dia akan terima habuan hari nie. Tak banyak meragam dia atas ribaan ayah. Cet!...Hua Hua hua...hu uuu.

Sekejap je BB nangis. Kuat sungguh semangat anak ibu nie. Cuma dia asyik ngadu, "cit...cit" sakit lah tu. Aku pun bergegas lah keluar memandangkan jam dah 3.05 ptg. Argh...dah lewat nie. Perut pulak berlagu je nie. Jom BB nanti soh mak teh letakkan ubat na...

Malam nie BB macam dedar sikit. Jalan pun seret kaki..(depan ibu ngan ayah je). Bagi ubat demam dan soh tido. Night BB. Fuh...penat jugak ye. Tapi hariku terisi dan hariku berlalu pantas penuh bermakna. Mau taknya, BB mendapat suntikan penuh ALHAMDULIALLAH. Hubby pulak sanggup balik jauh jauh nak temankan kita SYUKUR. Dapat mengajar kelas lepas rehat seperti biasa. Yehooo...hariku sempurna. Thak You ALLAH for all nikmat you give.

KeNaNgAn HaRi iNi aDaLaH uNtUk HaRi eSoK