PenYakit KaKi DaN MuLuT


Sisipan Pengalaman Cik AAbersama BB Intan



Cik AA pernah berhadapan dengan penyakit ini. Intan waktu tu baru genap 1 tahun. Cik AA tak perasan apa-apa pasal Intan jenis yang tak banyak ragam. Tapi Cik AA perasan air liur Intan selalu meleleh. Cik AA ingat Intan nak tumbuh gigi lagi. 




Kemudian selang beberapa hari Intan demam dan dia mula merengek. Cik AA mula perasan ada bintik bintik di tapak tangan dan tangan Intan. Cik AA tak ingat lain mesti campak nie. So Cik AA bawa Intan ke klinik. 

Tujuan Cik AA pegi klinik cuma nak periksa demam saja. Tapi Dr Tan meyakin kan Cik AA, Intan bukan demam campak tapi dapat penyakit kaki dan mulut. Apa lagi Dr Tan mula la interbiu Cik AA. Semua benda dia nak tahu. 

Cik AA pon tanya lah Dr Tan apa beza campak dan penyakit kaki dan mulut nie. Dr Tan pon dengan penuh berhemah menerangkan berbezaannya dan cara cara penjagaannya.

1. Tedapat bintik bintik kecil di sekitar tangan dan tapak tangan.
2. Juga terdapat di dalam mulut dan lidah manakala campak pula tidak.
3. Kanak kanak yg dijangkiti haruslah diasingkan dari kanak kanak yg lain.
4. Pakaian, tuala serta peralatan lain seperti cawan dan mainan tidak boleh dikongsi dan sebolehnya   
    dibasuh setiap kali pesakit memegangnya kerana penyakit ini ialah penyakit berjangkit.
5. Banyak minum air atau susu. kanak kanak yg sakit kurang selera makan kerana sakit di dalam mulut.
6. Bersabar kerana mereka akan sentiasa merengek dan meragam bukan kerana saja saja nak kan 
    perhatian tetapi penyakit ini mmg menyakitkan dan lenguh di sekitar sendi sendi mereka.
7. Banyaklah berdoa.





KeNaNgAn HaRi iNi aDaLaH uNtUk HaRi eSoK