Jalan-jalan ke Kundasang Sabah : Day 4


Pagi yang mendamaikan…..

Di BTN Kundasang nie Cik Esah tido ngan Echa. Chegu Zain with the boys la kan. Kan kami dok dorm.  Pergh…sejuk dol pagi-pagi. Sib bek ada kemudahan water heater kat sini. Canggih kan. Bayo 8 hengget siap ada water heater bagai. Cuma ye lah kena menapak naik atas je. Pasai tingkat bawah dah ada peserta kursus lain dah booked.

Malam semalam pihak BTN panggil Malim Gunung untuk berkongsi pengalaman. Hebat pengisian BTN ni kan.

Kalau ade sekolah or organisasi yang teringin ke sana boleh la berhubung terus dengan pegawai di sana. Atau buat cam Cik Esah, buat tempahan online. Tapi atas urusan berkerja rasmi ler. Contohnya rombongan ke, lawatan perkongsian intelek ke...gitu. hehe… Kalau mai melancong tu better amik homestay ler. Leh dok satu family.

Kami kena gerak sesudah subuh coz, van yang kami sewa 24 jam sahaja. Aktiviti menurunkan bagasi dari tingkat 3 ke bawah pepagi nie boleh membakar kalori terkumpul Cik Esah. I don’t mind. Bersaksikan keindahan panorama landskap BTN dan gunung Kinabalu, Cik Esah rela.


Gunung Kinabalu disimbah cahaya matahari pagi. Baru koi 7 kowt
Emmm cak
Dari BTN Kundasang, rombongan akan bergerak ke kaki Gunung Kinabalu. Tour guide En Ebi remind us, tak leh lelama kat situ. Coz perjalanan nak ke IPG Kent ambik masa. So kita orang just snap few nice pictures then gerak ke IPGK Kent.

Cik Udin tu macam le sejuk sangat
Di kaki Gunung Kinabalu
Di IPGK Kent kami disambut baik oleh pegawai pengurusan mereka. Ramah noh orang Sabah. Cheq suka. Kami ke kampus lama dulu. Ahli rombongan seperti anak, isteri dan suami kami wakafkan kat surau dulu…hehe. We have to work. Dengar taklimat dari KJ JPIM membuat kami rasa teruja dek kerana pencapaian mereka.
Dan kemudiannya kami di bawa melawat kampus baharu mereka. Canggih bahhhh.

Dari IPGK Kent rombongan Cik Esah terus ke lapangan terbang. Ada yang nak sambung shopping lagi. Cik Esah ngan family dah lotih. So kami rehat dan makan makan di airport saja.

Di airport nie lah terjadinya peristiwa yang Cik Esah tak boleh lupakan. Bio le Cik Esah dan Chegu Zain je hadam apa peristiwa pahit tu. Cik Esah nak sumpah tak mau. Tapi janji tak mau dah pi mana mana dengan rombongan bagai nie. Pening, sedih, jerut rasa, jerut tali jantung semua ada. Bio le kami pi mana-mana dengan family kecik kami nie. Selamat perasaan dan tenaga.

Pengembaraan kali nie mmg mencabar. Akan Cik Esah jadikan pengajaran. Bio le deme. Teman tak sio nak citer. Kami selamat sampai di rumah jam 1 pagi. Semua terbongkang tido dalam kereta. Esoknya kena kejo.


P/S : Ambiklah yang baik-baik sahaja dalam penulisan Cik Esah. Sehingga bersambung ke pengembaraan yang akan datang. InshaAllah

KeNaNgAn HaRi iNi aDaLaH uNtUk HaRi eSoK