Kertas Kerja IPGK


KERTAS CADANGAN


PROGRAM TRANSFORMASI
KEPIMPINAN SISWA PENDIDIK
_______________________________________________________
1.0          TUJUAN
Tujuan kertas kerja ini dikemukakan adalah untuk mendapatkan kelulusan peruntukan makanan untuk barisan kepimpinan JPP dan pelajar IPGKSAH yang bertugas sebagai urus setia Program Transformasi Kepimpinan Siswa Pendidik yang akan menerima kunjungan daripada JPP IPGK Sultan Mizan, Terangganu.

2.0       LATAR BELAKANG
               Program Transformasi Kepimpinan JPP adalah program yang sering dilaksanakan oleh semua IPGK di seluruh Malaysia. Ianya dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada ahli-ahli JPP mempersiapkan diri mereka dengan maklumat-maklumat penting berkaitan pengurusan organisasi JPP.
        Selain itu, ahli-ahli kepimpinan JPP akan didedahkan kepada amalan kerja berpasukan, pengucapan awam, kemahiran intrapersonal dan interpersonal. Jesteru, Program Penanda Aras ini diyakini dapat menjadi platform penting bagi melahirkan barisan pimpinan JPP IPGKSAH yang berketerampilan, dinamik, dan berwawasan.

3.0       OBJEKTIF

3.1  Melatih pelajar-pelajar JPP dan pelajar IPGKSAH supaya mampu berkomunikasi dengan berkesan dari aspek pengucapan awam dan sosial.
3.2 Memberi pendedahan kepada ahli-ahli JPP dan pelajar IPGKSAH cara yang berkesan untuk mengendalikan dan mengelola program yang melibatkan ahli-ahli JPP (tetamu) dari IPGK lain.
3.3 Mewujudkan suatu kumpulan JPP dan pelajar IPGKSAH yang berketerampilan dan mempunyai semangat kerjasama berpasukan.

4.0       ANJURAN
4.1      Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGK Sultan Abdul Halim


5.0       KUMPULAN SASARAN

5.1      Seramai 27 orang .......


6.0       BUTIRAN PROGRAM

6.1       Tarikh              :           
6.2       Masa               :           
6.3       Tempat            :           


7.0       JUMLAH PESERTA

            7.1       JPP                             :          
            7.2       Pelajar                         :           
                        Jumlah                       :           
                                   
8.0       SUMBER KEWANGAN

8.1       Peruntukan 


9.0       ANGGARAN PERBELANJAAN

9.1       Seperti dalam Lampiran A



10.0     JADUAL TENTATIF PROGRAM

10.1     Seperti dalam Lampiran B


11.0     SENARAI NAMA PESERTA

11.1     Seperti dalam Lampiran C



12.0     PENUTUP

Jabatan Hal Ehwal Pelajar menaruh harapan yang tinggi agar cadangan dan permohonan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan untuk memberi peruntukan kepada pelajar-pelajar JPP ........ yang akan menjalankan tugas pada hari tersebut.

Kerjasama dan pertimbangan tuan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh:                                                         Disemak oleh:




KeNaNgAn HaRi iNi aDaLaH uNtUk HaRi eSoK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan