Kami tanpa Kamu ~ From Taiping with Love (PaRt 1)


Assalamualaikum...

Aicee cee..ade part part pulak ye...da la hangat hangat taik idung, ada hati nak buat post bersambung sambung..hehehe...Apa de hal tak ye...teman buat le macam cerite Zombi Kampung pisang tu dak nye...sambung ke lain tahun...

Bloger suam suam susu itulah aku. Mungkin kerana terlalu sibuk dengan seruan lain yang lebih wajib atau ketandusan idea. Ahhh....setelah bergelut dengan segala urusan dunia yang tak pernah habis, aku dan suami merancang untuk merehatkan organ2 dalaman kami...penting nie nak hidup lama sikit..Jadi kami bersetuju untuk pergi berehat di Cameron Highlands...Ewah...mengimbas time2 dating dulu lak....Suka meriah2 dan nak buat ramai kami pelawa sekali adik beradik yang lain..

Sebelum ke Cameron kami berhenti sekejap di Taiping dan bermalam di situ. Apa lagi  ronda la...niat dalam hati nak pergi semua tempat yang menarik di Taiping.

Tempat pertama kami lawati ialah Zoo Taiping. Huuuhhh...berbaloi datang. Anak anak puas hati dapat tengok menatang menatang yang ada dalam zoo tuuu..siap bergambar dengan ular sawa batik lagi...hahaha...nie si angah la yang request nak bergambar ngan ular. Ibu dan ayah join le sekali. Yang paling cuak si along. Muka dalam gambar tak lawo langsung pasai control takut. mau tak takut kepala ular dok tengok kat die... Macam macam la anak2 nie...layan je la...time depa.

Mak Tok, Mak Da , Pak Lang, Pak Su dan Izzul lewat sikit sampai. So kami jumpa kat dalam zoo je.. nie gambo yang sempat di snap oleh juru gambar kami tak lain tak bukan merangkap driver kami jugak Chegu Zain...hehehehe

Sejuk hati kalau keluarga macam nie selalu ~AMEN~

Sedar tak sedar rupanya Mak Tok rasa kekurangan jua. Abah baru meninggalkan kami. Baru 6 bulan...memang rasa kurang tidak dinafikan. Kalau ada dia conform nak pi jalan merata...pi umah anak dia la...sure kami pun kena ikut...hahaha...tak pa la mama...kami anak anak mama kan ada walaupun tak le dapat memenuhi kekosongan hati mama tapi kami akan cuba.. insyaallah...

Da penat melawat zoo..kami pun balik le ke homestay yang kami sewa di tepeng nie..D'kota Homestay. Semalam RM 180, selesa tapi porch tak leh parking 2 biji kereta. Ada aircond 2 horse power...sejuk sampai dapur, dalam bilik tak de aircond hanya kipas. Ade 2 bilik dengan katil queen saiz.Kelengkapan basic disediakan kecuali mesin basuh. Overall okey.

So petang di Taiping pulak...tekak nie rasa nak makan macam2 yg dah di kabokan oleh rakan rakan...Car ko teaw DOLI la...yong tau fu belakang Balai Bomba tepeng la...tapi kami laki bini nak pi rasa MEE UDANG MAK JAH yan maha femes tu...Jom Pi KUALA SEPETANG....

Ate deme semue tunggu lah ye part 2 pulak.....




 





KeNaNgAn HaRi iNi aDaLaH uNtUk HaRi eSoK