Memaparkan catatan dengan label CeRiTa CeRiTi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CeRiTa CeRiTi. Papar semua catatan

Jalan-jalan ke Kundasang Sabah : Day 4


Pagi yang mendamaikan…..

Di BTN Kundasang nie Cik Esah tido ngan Echa. Chegu Zain with the boys la kan. Kan kami dok dorm.  Pergh…sejuk dol pagi-pagi. Sib bek ada kemudahan water heater kat sini. Canggih kan. Bayo 8 hengget siap ada water heater bagai. Cuma ye lah kena menapak naik atas je. Pasai tingkat bawah dah ada peserta kursus lain dah booked.

Malam semalam pihak BTN panggil Malim Gunung untuk berkongsi pengalaman. Hebat pengisian BTN ni kan.

Kalau ade sekolah or organisasi yang teringin ke sana boleh la berhubung terus dengan pegawai di sana. Atau buat cam Cik Esah, buat tempahan online. Tapi atas urusan berkerja rasmi ler. Contohnya rombongan ke, lawatan perkongsian intelek ke...gitu. hehe… Kalau mai melancong tu better amik homestay ler. Leh dok satu family.

Kami kena gerak sesudah subuh coz, van yang kami sewa 24 jam sahaja. Aktiviti menurunkan bagasi dari tingkat 3 ke bawah pepagi nie boleh membakar kalori terkumpul Cik Esah. I don’t mind. Bersaksikan keindahan panorama landskap BTN dan gunung Kinabalu, Cik Esah rela.


Gunung Kinabalu disimbah cahaya matahari pagi. Baru koi 7 kowt
Emmm cak
Dari BTN Kundasang, rombongan akan bergerak ke kaki Gunung Kinabalu. Tour guide En Ebi remind us, tak leh lelama kat situ. Coz perjalanan nak ke IPG Kent ambik masa. So kita orang just snap few nice pictures then gerak ke IPGK Kent.

Cik Udin tu macam le sejuk sangat
Di kaki Gunung Kinabalu
Di IPGK Kent kami disambut baik oleh pegawai pengurusan mereka. Ramah noh orang Sabah. Cheq suka. Kami ke kampus lama dulu. Ahli rombongan seperti anak, isteri dan suami kami wakafkan kat surau dulu…hehe. We have to work. Dengar taklimat dari KJ JPIM membuat kami rasa teruja dek kerana pencapaian mereka.
Dan kemudiannya kami di bawa melawat kampus baharu mereka. Canggih bahhhh.

Dari IPGK Kent rombongan Cik Esah terus ke lapangan terbang. Ada yang nak sambung shopping lagi. Cik Esah ngan family dah lotih. So kami rehat dan makan makan di airport saja.

Di airport nie lah terjadinya peristiwa yang Cik Esah tak boleh lupakan. Bio le Cik Esah dan Chegu Zain je hadam apa peristiwa pahit tu. Cik Esah nak sumpah tak mau. Tapi janji tak mau dah pi mana mana dengan rombongan bagai nie. Pening, sedih, jerut rasa, jerut tali jantung semua ada. Bio le kami pi mana-mana dengan family kecik kami nie. Selamat perasaan dan tenaga.

Pengembaraan kali nie mmg mencabar. Akan Cik Esah jadikan pengajaran. Bio le deme. Teman tak sio nak citer. Kami selamat sampai di rumah jam 1 pagi. Semua terbongkang tido dalam kereta. Esoknya kena kejo.


P/S : Ambiklah yang baik-baik sahaja dalam penulisan Cik Esah. Sehingga bersambung ke pengembaraan yang akan datang. InshaAllah

KeNaNgAn HaRi iNi aDaLaH uNtUk HaRi eSoK

Jalan-jalan ke Kundasang : Day 3


Dah siap packing dan nak check out hotel. Barang-barang simpan di bilik dulu. kita turun breakfast. Ketua rombongan kate kita tolak jam 8 pagi. Maklumlah di Sabah cerahnya awal. Kehidupan bermula awai di sini.

Usai sarapan, bawa barang turun dan tunggu van. Van Cik Esah uruskan sebelum ke KK lagi. Kalau nak ke KK plez do contact Sabah Best Travel. Leh call 019-8168817 dan berhubung dengan Ebi. Orangnye muda lagi bah... Empat buah van disewa untuk rombongan kali nie. 

Itenari hari ke tiga nak ke Kundasang. Pada mulanya nak bertolak awal lagi. Memandangkan nak ke Kundasang saja ambil masa 2 jam. Dengan jalan yang berpusing-pusing gitu. aishhh....tapi lewat juga bertolak dari KK dek kerana peserta rombongan tak duduk atau menyewa setempat. Kena kutip satu stesen ke satu stesen. Isokey....asal plan berjalan.


Pit stop yang pertama ialah Rumah Terbalik yang terletak tak jauh dari Tamparuli. Rege tiket seperti yang ada dalam gambo. Yang tak beshnye....dalam rumah tak leh snap2 gambo. Macam rugi je masuk sini. 

Buat muka kebal. Padahai loya tak sangga dah

Rega tiket.


Skema ngat aihhh. tangkap gambaq
dir pacak guni.
Echa posing comel pulak


eeeyahhh!!! superbaby

Cik Udin pon nak jugak. Layan
Off to Cattle Dairy Farm Kundasang. Bermula lah jalan yang berliku dan berpusing-pusing. Cik Esah meme jenis yang tak tahan jalan berpusing nie. Nasib baik ada minyak angin...hua....kijam la jalan nih. Tak enjoy langsung. Tapi purak-purak kebal.

Tidak seperti Cameron Highlands, sepanjang perjalanan ke Kundasang terdapat perkampungan kecil dan Cik Esah perasan banyak gereja tau. hurmmm....Dalam perjalanan ke Kundasang, rombongan akan lalu Nabalu. Di sini sekali lagi kami berhenti rehatkan momtot dan cecair dalam kepala nie.

Di Nabalu juga di fahamkan boleh beli cenderahati moqah-moqah. Tapi masa kami sampai tu tak banyak kedai yang buka. 

Chegu Zain nak beli buah pun terbantut, pasai nampak anjing berkeliaran. Was-was ke cik abang. Dari sini pun leh view pemandangan yang super awesome. Layan gambo ye....

Satu lorong nie ja...pilih pilih
Tshir moqah moqah
Dok bekenan monyet plk. Tak payah dik oii hingaq
Hampa nampak dak kat belakang tu. Kat situ spot snap pic
meaw meaw punya
Anak nak buah, ayah dok tengok anjing banyak.
Kembang tengkok
Nie view kat belakang kedai. Jaga2 bom atom banyak
Okeh...dah sampai Kundasang. Pekan dia kecik je. Pandai pulak perut nie bunyik ye. Kami pun singgah le di restoren dulu untuk makan tengahari. Makhang...rega makanan. Panjat Cik Esah. Chegu Zain selamba je kali nie. Aiii menang loteri ka hapa nie. 

Selera sungguh anak-anak makan. Hujan renyai mulai turun. Alamak....macamana nie. Nak tengok lembu camna hujan.





Amboi Cik Uding, makan tak kelih dah
Lalu Echa makan masa kat Sabah noh....mee sepinggan RM23
Mau tak lalu noh
Lepas makan kami terus ke Cattle Dairy Farm yang terletak tak berapa jauh dari restoren tadi. Hai la....jalannye berbatu-batu. Macam nak terkeluar balik apa yang makan tadi. Kijam lorr....

Bila cecair otak kurang stabil rasa meloat je nak jenjalan memana kan. Tapi nampak je ladang lembu....gelodak di perut terus hilang. Apatah lagi nampak Gunung Kinabalu tersergam indah depan mata. MasyaAllah...cantiknya.

Nak masuk dalam ladang kena bayo ye. RM5 kowt per person, Cik Esah tak tau berapa untuk semua orang. Pasai bendahari rombongan yang uruskan semua. 

Ecece...muka Cik Udin yang skema

Dia pun org dok bancuh susu.
Ada hati nak bagi lembu minum susu. RM3 ja uolls
Rumput tu kutip2 kat bawah lantai ja. 


Dah bergambo udah, berposing pun udah, bagi lembu minum susu pun udah. Bebudak nie nak makan gelato pulak. Layan....  Dilarang minum susu ye kalau perut korang jenis macam perut Cik Esah nie. Nyesal makan gelato. Kijam...arrghhh

Hujan semakin menggila. Ewah ewah...gila sungguh hujan nie. Tempat seterusnya ialah ke Luanti Fish Spa. Nak berbual mesra dengan ikan-ikan kelah di sungai tu. Tapi rombongan kami frust pasal tempat tu ditutup kerana hujan. Nak cari nahas ke. Sedap2 rendam kaki, sekali kepala air turun. Mana mau larik. Jom balik...Cik Esah dah tempah Kem BTN Kundasang bulan Februari lagi. Bermalam di Kem BTN Kundasang la malam nie kita.....

Kem BTN Kundasang sangat dikenali kerana kecantikan dan kemudahan yang terdapat di sini. Memang cantik. Sewanya tak mahal kalau stay dalam dorm. RM8 per person untuk selimut dan sarung bantal. Kemudahan yang terdapat di Kem nie ialah surau yang cantik, tempat tido yang selesa, tandas yang bersih, kantin (kena buat tempahan sesiap ye) dan permandangan yang perghhhh....masyaAllah. Superb!!!! Hanya orang yang bangang je yang tak reti hargai tempat nie.

Cik Esah berat montot. Lompat pun tak tinggi
Untuk makan malam di Kundasang amat terhad. Kena keluar awal. Koi 9 malam semua kedai makan akan tutup. Ada la KFC tu. Nothing much about night life di Kundasang

end of day 3.....

KeNaNgAn HaRi iNi aDaLaH uNtUk HaRi eSoK

Kota Kinabalu Sabah : Manukan Island dan Pasar Filipin Day 2


Hari yang a bit dull. Tapi nak happy kan anak2 Ci Esah terpaksa menceriakan diri.
Hari nie agendanya check out asrama dan carik hotel. Kemdian meronda KK. Our first destination ialah Jesselton Point.

Tempat nie sebenarnya adalah jeti untuk ke pulau2 yang indah di Sabah nie. So kitaorang decided untuk ke Manukan Island saja. Ketika nie cuaca yang sangat panas di KK ditambah pula dengan jerebu tebal bah...

Pemandu teksi semalam ada bagi tau yang KK dah lama tak hujan. Syukur alhamdulillah semalam hujan. Rahmat orang Kedah sampai kowt. Tapi siangnya tetap panas jugak.

Urusan tiket boleh di buat di kaunter2 yang ada. Kena pandai menawar ye. Kami ambik 2 bot.

Pemandangan depan

Waktu nak naik bot tu dah nampak kejernihan air. Nampak ikan kecil-kecil berenang renang. Sejuk je mata memandang. Macam nak terjun kat situ je. hehehe....



Aishh....terjun kang

Sebelum ke pulau manukan, tolong beli sesiap ye air mineral atau bekalan makanan. Di pulau pun ada je restoren. Tapi harga dia triple punya mahal bah... Ye lah pulau kan. 

Semasa sesampai je di pulau Manukan, kita kena bayar yuran macam tu. Tak mahal cuma RM3 ringgit je untuk ke semua pulau yang ada. 


Sempat posing walaupun dilambung ombak
Sampai dah Pulau Manukan
Depan pintu masuk Pulau. Di sini perlu sedia duit bayo duit pulau

Nampak tak kabus tu. Jangan salah sangka...jerebu tu
Pemandangan agak terhalang dek kerana jerebu yang tebal. Pandangan terhad. Tak nampak pulau-pulau di sekeliling. Tapi air yang jenih tu yang tak tahan tu...ermmm

Cik Esah tak de mood nak mandi manda atau snorkeling. Jadi Chegu Zain lah yang melayan anak-anak mandi. 

Banyak obor-obor time tu. Anak-anak dah mula bandingkan dengan Krabi Island. Lagipun banyak cengkerang. Sakit tapak kaki nak jalan. 


Homai...oboq-oboq. Berani anak dara nie

Sakit tapak kaki. Echa kata tak syok la....
Di pulau ada kemudahan tandas dan pancuran percuma. Bersih pulak tu. 

Sempat pulak menari...awak kat mana awak awak kat mana
Lepas dah bergumbira sakan di Manukan Island, dalam jam 12 tgh tu bot datang ambik. Perut dah berkeroncong nie...Sesampai je di Jesselton Point terus parking montot oder nasi goreng. Sedap la plk....nampak macam bodoh je nasik goreng tu. Mungkin perut dah lapar sangat kowt. 


Check in time. Kali nie Cik Esah and rombongan check in di Dinasty Tang Hotel. Pandai Chegu Zain nie. Pilih receptionist hat segak. So bermula lah Chegu Zain mengayat. Kami guan gov rate. Dapat le breakfast for two free, anak2 plk tambah 5 ringgit je. Tu pun receptionist tu baik ati, tak nak ambik bayaran untuk Echa dan Udin.

Ketua rombongan kate, jam 6 nak ke Masjid terapun KK. So, semua mesti ada di lobi sebelum jam 6. Cik Esah dan Chegu Zain pening tengok baju-baju basah. So call room servis tanya kat mana ada laundry self service. Nasib baik kat bawah hotel je. Cuma perlu jalan sikit. Setteled masalah. Semua baju berbau harum dan bersih....walllah...leh wat magik kan.

Dan le rehat jam, minum kopi dan kopok leko. Anak-anak mandi dan lepak-lepak atas katil. Pelik la budak-budak nie, tak reti letih ka. Kalau soh buat homework kalu, letih ja memanjang. 

Seperti yang dijanjikan. Jam 6 petang kami gerak ke Masjit Terapung Kota Kinabalu. Beriadah sebentar di situ melihat keindahan masjid dan persekitaran. Hujan rintik mulai turun. Alhamdulillah....


Cantik


Permandangan petang di Masjid Terapung Kota Kinabalu

Dari Masjid Terapung, kami bergerak ke Pasar Filipina...(Cik Esah sebenaqnya kompius dah, yang mana satu Pasar Air, Pasar Filipina, Pasar Ikan Masin). So shooping time lah.  Hasil menjala, Cik Esah beli le ikan bilis, udang kering, sotong kering dan beberapa makanan tradisioanal Sabah. Masuk pasar malam rembat pin tudung sepapan. Tak bopa kenan sangat. Tapi untuk cenderahati beli lah jugak.


Pilih jangan tak pilih
Hasil laut Sabah. Ada yang dijemur di tengah lautan.

Banyak gerai yang menawarkan harga yang berlainan. Tapi depa nie nampak macam adik beradik ja....
Khidmat membungkus barangan disediakan free of charge.
Macam biasa, mai lepas magrib ja perut pun bunyik macam-macam. So, ke Tanjung Aru lah kita. Kami makan kat food court Tanjung Aru. Boleh tahan jugak sedapnya. Chegu Zain nak makan sea food lagi. Cik Esah ikut ja. Cik Udin nak minum air dragon fruit. Dok cari kepak ayam pemes Tanjung Aru. Malangnya gerai tu tak buka kowt. 


Bang Chik Udin nak jadi naga. Sebab tu minta jus naga.

KeNaNgAn HaRi iNi aDaLaH uNtUk HaRi eSoK

Kota Kinabalu Sabah : Day 1



Perjalan Cik Esah ke Sabah kali nie adalah bertujuan kerja. Alang-alang ke sana, Cik Esah bawa le sekali anak-anak Cik Esah ber empat tu.

Bertolak jam 6 pagi dari rumah, punya lah exited nak pi Sabah. Al kisah malam sebelum tu, anak-anak dah tak leh tido. Soh makan pun tak mau dah. Paginya pula mangun awal plk tu. Aik kompius nie. Gerak nak pi sekolah punya lah susah benor.

Okey, tiket penerbangan dah tempah awai bulan Feb ritu lagi. Konun nya moqah la. Cesss....lepas tu ado lagi yang moqah.

Rombongan Cik Esah kali nie naik dari Penang. Lebih kurang jam 10.45 tu naik flight dan sampai koi 12 lebih.

Ini adalah kali pertama anak-anak Cik esah naik kapal terbang. So jakun la bebudak nih. Degupan jantung dek kerana exited boleh dengar kalau dok sebelah depa. Hehe....sian kan. So this is their first experience.

“ Ibu...besaqnya kapai terbang”
“Ayah...besaqnya kapai tu”
1st day : Keterujaan terserlah

Babai...babai. Tak habis2 babai

Echa ngan Udin heran pasaipa kapaitebang besaq 
Echa nak dok tepi tingkap
Jenoh layan. Tapi sebenaqnya amat puas hati spend duit bagi anak-anak  gumbira. Tak gitu mommies sekalian.

Sesampainya kami di KK, kami di sambut oleh Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGK Gaya. So, ibu have to work first. Hanto anak2 ke tempat penginapan dulu. Hari pertama Cik Esah menginap di Asrama Kinabalu Komplek Sukan. Bagi Cik Esah not bad lah tempat tu. Tapi banggunan agak lama berbaloi lah dengan apa yang dibayo. Semalam hanya RM53.00 untuk bilik berhawa dingin. Bilik air besaq, bilik pun besar. Cuma waktu malam bising sangat. Seolah2 ada manuusia yang bertukar jadi werewolf. 

Malam harinya, dek kerana ada peristiwa sedih di siang hari (bad mood Cik Esah time nie) Chegu Zain yang budiman pun nak pujuk lah hati Cik Esah yang duka lara nie (tak mampu nak bawa pi Hawaii). So dia call teksi. Pergi balik RM60 (hambik ko). Dah macam sewa keta sehari dah kan. Chegu Zain bawa ler Cik Esah candle light dinner di tepi pantai. Dia soh Cik Esah hoder lah apa2 pun, tapi jangan minta kepala ikan joss je katanya. Abang takut nak terjun laut malam malam berlawan dengan joss.

Huaaaa.....banyak jugak ikan yang rare tak nah Cik Esah nampak sebelum sebelum nie. Hoder apa lagi...dengan ikan bakaq, sotong goreng tepung, sup sayoq, ikan sweet sour bagai. Price...? Abang sado berahsia pulak. Asal bini jelita gumbira abang tumpang heppi. Makanan sangat2 yummie dan ikannya rasa manis fresh.


Nie lah ikan yang tak pernah Cik Esah tengok. Manis isi dia, fresh gitu. Buat bakaq2 ja
Dap nohh
Tediennn....jenoh makan
Usaha Chegu Zain pujuk hati Cik Esah yg tengah down
Candle light dinner kan...candle punnn malap ja



KeNaNgAn HaRi iNi aDaLaH uNtUk HaRi eSoK


 Menjadi Tetamu Allah di Bumi Barokah

Semasa usia muda Cik Esah, ikhlasnya tak terlintas langsung untuk menggunjungi bumi Mekkah dan Madinah. Mungkin di waktu itu tiada pendedahan sepertimana yang kita ada sekarang. Yang Cik Esah tau hanya Tabung Haji. Lagipun memikirkan kos tambang ke sana amat tinggi dan tak terjangkau untuk Cik Esah untuk ke sana. Jahil sungguh Cik Esah waktu tu nooh....Kalau la Cik Esah tau, dengan niat sahaja untuk menjejak kaki ke sana pun dah boleh pahala, mungkin Cik Esah dah tanam niat dari kecik. Cik Esah ajaq anak anak Cik Esah himpun duit dalam Tabung Haji untuk kesana. Tanamkan minat mereka untuk kesana. Amin....semoga kami dapat ke sana lagi sekeluarga pula kali nie....

Ini kisah lama, tapi rasa seperti baru semalam saja berlaku....
Menjejaki kerinduan ke Bumi Barokah ini Cik Esah mengimbau kembali detik detik ketika berada di sana. Ada saja masa Cik Esah dan Chegu Zain akan bersembang mengenai kenangan kenangan semasa kami di sana. Pendek kata cerita tak habis lah....

Bermula dari pasang angan angan, kemudian tekad himpun RM, kemudian jejak kaki ke pejabat agen TIRAM Travel  (bergenang ayaq mata cheq masa nie), pergi kursus Umrah, naik bas dari Sungai Petani ke Kuala Lumpur.....sehingga nampak lapangan terbang Jeddah. Subhanallah...mudah sungguh perjalanannya, Alhamdulillah....

Entri kali nie Cik Esah tak mo cerita panjang panjang....(kalau cerita memang panjang giler...)
Cik Esah sharekan dulu pekakas wajib yang perlu jemaah jemaah Umrah bawa ye kalau ke sana...cekedaut:


Wanita

1. Baju persalinan :  @ Baju Kurung @ Jubah (yang ringan dan mudah diurus)
                                       =  4 hingga 5 pasang
                                  @ Pakaian dalam mencukupi.
                                  @ Seluar panjang
                                       = 2 helai
                                  @ Tudung labuh ( boleh buat solat sekali + yang mudah)
                                       = 3 helai
 2. Sarung lengan           = 2 pasang

 3. Stokin/ Sarung Kaki  = 3 hingga 4 pasang ( tebal dan panjang )

 4. Kasut                         = Sandal yang selesa, sepasang sudah cukup

5. Kain telekong             = 2 helai ( tak perlu bawa kain )

6. Toiletries                    = Bawa secukupnya, berus gigi, ubat gigi, bedak pencukur,

7. Gunting kecil

8. Bag kecil                    = Yang dibekal kan pihak agensi.

9. Bag Kasut                  =  1 Kantung ( beli di kedai persiapan Haji/Umrah)

10. Bekas Air

11. Tagging bag            = Kalau boleh buat/print sebesar alam dengan warna striking.

12. Wrapping plastic     = Kalau nak jimat, beli plastik wrapping makanan tu dalam 2 roll. Wrap
                                          sendiri. ( beli jaring bag pun kadang2 tak selamat )


Lelaki

1. Baju persalinan           @ Jubah/ baju melayu + seluar slacks/ Tshirt/Kemeja
                                        @ Pakaian dalam yg mencukupi
                                        @ Kopiah

2. Kain Ihram                  = 2 pasang (1 pasang ada dua kain ye...)

3. Kasut                           = Sandal yang menampakkan jari kaki

4. Gunting kecil              = Kalau pergi bersama2 isteri, bawa satu je..

5. Bag kasut

6. Botol Air


Tips nak bawa air zam zam lebih

1. Himpunkan botol mineral water yg bersaiz kecil dari Malaysia lagi. Banyak pun tak pe. Sumbat je
    dlm bag.

2. Atas penerbangan pun akan diberi air mineral, botolnye jangan buang,simpan.

3. Setiap kali ke Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi isi air zam zam. (kena baca label dekat botol
    tadahan air tu betul2 ye..ada je air biasa yang disediakan).

4. Seal botol-botol dengan tape betul2. ( Cik Esah guna tape warna hitam )

5. Masukkan botol2 dalam baju yang dilipat.

6. Sebelum simpan tu....boleh le bawa air tu masa tawaf sunnat ke...
Biji Tasbih. Kegunaan untuk Tawaf dan Sa'e. Cincin tu letak ditengah2 jari.
Losyen tumit amat2 berguna. Chegu Zain masa buat Umrah wajib, tumit pecah dan sakit sangat. Pakai Heel Balm nie terus pulih tau...
Krim bibir, Cik Esah ambik yang tak berbau. Mulut kita akan kering di sana, terutama di Mekkah.
Ini bukan untuk eksen na...Di sana panas, kalau pergi ziarah boleh pakai na.
Stokin bagi gegel macam Cik Esah bawa dalam 4 pasang. Tebal lagi bagus.
Botol air wuduk. Jika terbatal semasa tawaf, boleh la guna. tak perlu keluar semata2 nak ambik wuduk. sangat penting bagi kaum muslimah. Kalau lelaki, depa boleh ambik kat tempat bekalan air zam2 je.
Uiii...minyak ape tah. Tapi banyak jual di sana. Rasa lenguh2 selepas balik buat tawaf dan Sa'e boleh letak di tempat2 lenguh tu. Mujarab dengan izin Allah.
Kaum muslimah biasa la kan....tak puas kalau tak membasuh. Serbuk pencuci nie ada je dijual di kedai2 sekitar hotel. di sana kalau membasuh, cepat je kering. jangan lupa bawa penyangkut baju lebih ye...
Buku rujukan kecil yg dibuat sendiri (Ibu Ida yang bagi)


Cik Esah Kongsi sedikit gambar-gambar ketika berda di sana...

Hari pertama di KLIA. Menanti penerbangan.



Subuh Pertana di Bumi Madinah. Anak Cik Esah.

Ha...nie selepas dibuka payungnya. Hebat kan...?

Suasana setiap kali Solat Subuh....Tapi bila dengar je azan, semua kedai akan ditutup. Semua menderu ke masjid dan sembahyang berjemaah.











KeNaNgAn HaRi iNi aDaLaH uNtUk HaRi eSoK