Hari yang a bit dull. Tapi nak happy kan anak2 Ci Esah terpaksa menceriakan diri.
Hari nie agendanya check out asrama dan carik hotel. Kemdian meronda KK. Our first destination ialah Jesselton Point.
Tempat nie sebenarnya adalah jeti untuk ke pulau2 yang indah di Sabah nie. So kitaorang decided untuk ke Manukan Island saja. Ketika nie cuaca yang sangat panas di KK ditambah pula dengan jerebu tebal bah...
Pemandu teksi semalam ada bagi tau yang KK dah lama tak hujan. Syukur alhamdulillah semalam hujan. Rahmat orang Kedah sampai kowt. Tapi siangnya tetap panas jugak.
Urusan tiket boleh di buat di kaunter2 yang ada. Kena pandai menawar ye. Kami ambik 2 bot.
|
Pemandangan depan |
Waktu nak naik bot tu dah nampak kejernihan air. Nampak ikan kecil-kecil berenang renang. Sejuk je mata memandang. Macam nak terjun kat situ je. hehehe....
|
Aishh....terjun kang |
Sebelum ke pulau manukan, tolong beli sesiap ye air mineral atau bekalan makanan. Di pulau pun ada je restoren. Tapi harga dia triple punya mahal bah... Ye lah pulau kan.
Semasa sesampai je di pulau Manukan, kita kena bayar yuran macam tu. Tak mahal cuma RM3 ringgit je untuk ke semua pulau yang ada.
|
Sempat posing walaupun dilambung ombak |
|
Sampai dah Pulau Manukan |
|
Depan pintu masuk Pulau. Di sini perlu sedia duit bayo duit pulau |
|
Nampak tak kabus tu. Jangan salah sangka...jerebu tu |
Pemandangan agak terhalang dek kerana jerebu yang tebal. Pandangan terhad. Tak nampak pulau-pulau di sekeliling. Tapi air yang jenih tu yang tak tahan tu...ermmm
Cik Esah tak de mood nak mandi manda atau snorkeling. Jadi Chegu Zain lah yang melayan anak-anak mandi.
Banyak obor-obor time tu. Anak-anak dah mula bandingkan dengan Krabi Island. Lagipun banyak cengkerang. Sakit tapak kaki nak jalan.
|
Homai...oboq-oboq. Berani anak dara nie |
|
Sakit tapak kaki. Echa kata tak syok la.... |
Di pulau ada kemudahan tandas dan pancuran percuma. Bersih pulak tu.
|
Sempat pulak menari...awak kat mana awak awak kat mana |
Lepas dah bergumbira sakan di Manukan Island, dalam jam 12 tgh tu bot datang ambik. Perut dah berkeroncong nie...Sesampai je di Jesselton Point terus parking montot oder nasi goreng. Sedap la plk....nampak macam bodoh je nasik goreng tu. Mungkin perut dah lapar sangat kowt.
Check in time. Kali nie Cik Esah and rombongan check in di Dinasty Tang Hotel. Pandai Chegu Zain nie. Pilih receptionist hat segak. So bermula lah Chegu Zain mengayat. Kami guan gov rate. Dapat le breakfast for two free, anak2 plk tambah 5 ringgit je. Tu pun receptionist tu baik ati, tak nak ambik bayaran untuk Echa dan Udin.
Ketua rombongan kate, jam 6 nak ke Masjid terapun KK. So, semua mesti ada di lobi sebelum jam 6. Cik Esah dan Chegu Zain pening tengok baju-baju basah. So call room servis tanya kat mana ada laundry self service. Nasib baik kat bawah hotel je. Cuma perlu jalan sikit. Setteled masalah. Semua baju berbau harum dan bersih....walllah...leh wat magik kan.
Dan le rehat jam, minum kopi dan kopok leko. Anak-anak mandi dan lepak-lepak atas katil. Pelik la budak-budak nie, tak reti letih ka. Kalau soh buat homework kalu, letih ja memanjang.
Seperti yang dijanjikan. Jam 6 petang kami gerak ke Masjit Terapung Kota Kinabalu. Beriadah sebentar di situ melihat keindahan masjid dan persekitaran. Hujan rintik mulai turun. Alhamdulillah....
|
Cantik |
|
Permandangan petang di Masjid Terapung Kota Kinabalu |
Dari Masjid Terapung, kami bergerak ke Pasar Filipina...(Cik Esah sebenaqnya kompius dah, yang mana satu Pasar Air, Pasar Filipina, Pasar Ikan Masin). So shooping time lah. Hasil menjala, Cik Esah beli le ikan bilis, udang kering, sotong kering dan beberapa makanan tradisioanal Sabah. Masuk pasar malam rembat pin tudung sepapan. Tak bopa kenan sangat. Tapi untuk cenderahati beli lah jugak.
|
Pilih jangan tak pilih |
|
Hasil laut Sabah. Ada yang dijemur di tengah lautan. |
|
Banyak gerai yang menawarkan harga yang berlainan. Tapi depa nie nampak macam adik beradik ja.... |
|
Khidmat membungkus barangan disediakan free of charge. |
Macam biasa, mai lepas magrib ja perut pun bunyik macam-macam. So, ke Tanjung Aru lah kita. Kami makan kat food court Tanjung Aru. Boleh tahan jugak sedapnya. Chegu Zain nak makan sea food lagi. Cik Esah ikut ja. Cik Udin nak minum air dragon fruit. Dok cari kepak ayam pemes Tanjung Aru. Malangnya gerai tu tak buka kowt.
|
Bang Chik Udin nak jadi naga. Sebab tu minta jus naga. |
KeNaNgAn HaRi iNi aDaLaH uNtUk HaRi eSoK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan