Jalan-jalan ke Kundasang : Day 3


Dah siap packing dan nak check out hotel. Barang-barang simpan di bilik dulu. kita turun breakfast. Ketua rombongan kate kita tolak jam 8 pagi. Maklumlah di Sabah cerahnya awal. Kehidupan bermula awai di sini.

Usai sarapan, bawa barang turun dan tunggu van. Van Cik Esah uruskan sebelum ke KK lagi. Kalau nak ke KK plez do contact Sabah Best Travel. Leh call 019-8168817 dan berhubung dengan Ebi. Orangnye muda lagi bah... Empat buah van disewa untuk rombongan kali nie. 

Itenari hari ke tiga nak ke Kundasang. Pada mulanya nak bertolak awal lagi. Memandangkan nak ke Kundasang saja ambil masa 2 jam. Dengan jalan yang berpusing-pusing gitu. aishhh....tapi lewat juga bertolak dari KK dek kerana peserta rombongan tak duduk atau menyewa setempat. Kena kutip satu stesen ke satu stesen. Isokey....asal plan berjalan.


Pit stop yang pertama ialah Rumah Terbalik yang terletak tak jauh dari Tamparuli. Rege tiket seperti yang ada dalam gambo. Yang tak beshnye....dalam rumah tak leh snap2 gambo. Macam rugi je masuk sini. 

Buat muka kebal. Padahai loya tak sangga dah

Rega tiket.


Skema ngat aihhh. tangkap gambaq
dir pacak guni.
Echa posing comel pulak


eeeyahhh!!! superbaby

Cik Udin pon nak jugak. Layan
Off to Cattle Dairy Farm Kundasang. Bermula lah jalan yang berliku dan berpusing-pusing. Cik Esah meme jenis yang tak tahan jalan berpusing nie. Nasib baik ada minyak angin...hua....kijam la jalan nih. Tak enjoy langsung. Tapi purak-purak kebal.

Tidak seperti Cameron Highlands, sepanjang perjalanan ke Kundasang terdapat perkampungan kecil dan Cik Esah perasan banyak gereja tau. hurmmm....Dalam perjalanan ke Kundasang, rombongan akan lalu Nabalu. Di sini sekali lagi kami berhenti rehatkan momtot dan cecair dalam kepala nie.

Di Nabalu juga di fahamkan boleh beli cenderahati moqah-moqah. Tapi masa kami sampai tu tak banyak kedai yang buka. 

Chegu Zain nak beli buah pun terbantut, pasai nampak anjing berkeliaran. Was-was ke cik abang. Dari sini pun leh view pemandangan yang super awesome. Layan gambo ye....

Satu lorong nie ja...pilih pilih
Tshir moqah moqah
Dok bekenan monyet plk. Tak payah dik oii hingaq
Hampa nampak dak kat belakang tu. Kat situ spot snap pic
meaw meaw punya
Anak nak buah, ayah dok tengok anjing banyak.
Kembang tengkok
Nie view kat belakang kedai. Jaga2 bom atom banyak
Okeh...dah sampai Kundasang. Pekan dia kecik je. Pandai pulak perut nie bunyik ye. Kami pun singgah le di restoren dulu untuk makan tengahari. Makhang...rega makanan. Panjat Cik Esah. Chegu Zain selamba je kali nie. Aiii menang loteri ka hapa nie. 

Selera sungguh anak-anak makan. Hujan renyai mulai turun. Alamak....macamana nie. Nak tengok lembu camna hujan.





Amboi Cik Uding, makan tak kelih dah
Lalu Echa makan masa kat Sabah noh....mee sepinggan RM23
Mau tak lalu noh
Lepas makan kami terus ke Cattle Dairy Farm yang terletak tak berapa jauh dari restoren tadi. Hai la....jalannye berbatu-batu. Macam nak terkeluar balik apa yang makan tadi. Kijam lorr....

Bila cecair otak kurang stabil rasa meloat je nak jenjalan memana kan. Tapi nampak je ladang lembu....gelodak di perut terus hilang. Apatah lagi nampak Gunung Kinabalu tersergam indah depan mata. MasyaAllah...cantiknya.

Nak masuk dalam ladang kena bayo ye. RM5 kowt per person, Cik Esah tak tau berapa untuk semua orang. Pasai bendahari rombongan yang uruskan semua. 

Ecece...muka Cik Udin yang skema

Dia pun org dok bancuh susu.
Ada hati nak bagi lembu minum susu. RM3 ja uolls
Rumput tu kutip2 kat bawah lantai ja. 


Dah bergambo udah, berposing pun udah, bagi lembu minum susu pun udah. Bebudak nie nak makan gelato pulak. Layan....  Dilarang minum susu ye kalau perut korang jenis macam perut Cik Esah nie. Nyesal makan gelato. Kijam...arrghhh

Hujan semakin menggila. Ewah ewah...gila sungguh hujan nie. Tempat seterusnya ialah ke Luanti Fish Spa. Nak berbual mesra dengan ikan-ikan kelah di sungai tu. Tapi rombongan kami frust pasal tempat tu ditutup kerana hujan. Nak cari nahas ke. Sedap2 rendam kaki, sekali kepala air turun. Mana mau larik. Jom balik...Cik Esah dah tempah Kem BTN Kundasang bulan Februari lagi. Bermalam di Kem BTN Kundasang la malam nie kita.....

Kem BTN Kundasang sangat dikenali kerana kecantikan dan kemudahan yang terdapat di sini. Memang cantik. Sewanya tak mahal kalau stay dalam dorm. RM8 per person untuk selimut dan sarung bantal. Kemudahan yang terdapat di Kem nie ialah surau yang cantik, tempat tido yang selesa, tandas yang bersih, kantin (kena buat tempahan sesiap ye) dan permandangan yang perghhhh....masyaAllah. Superb!!!! Hanya orang yang bangang je yang tak reti hargai tempat nie.

Cik Esah berat montot. Lompat pun tak tinggi
Untuk makan malam di Kundasang amat terhad. Kena keluar awal. Koi 9 malam semua kedai makan akan tutup. Ada la KFC tu. Nothing much about night life di Kundasang

end of day 3.....

KeNaNgAn HaRi iNi aDaLaH uNtUk HaRi eSoK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan