Pengembaraan Krabi dan Phuket Budget (part 2)


Berbalik kepada bilik yang kami sewa di KL House nie, memang bersih dan kecik sikit la. Kesimpulannya selesa untuk beradu. Ada water heater, econ, TV, almari baju, bilik air yg bersih serta tekanan air yg ohkey, tilam yang takde pepijat dan tak berkapet. Ruang yang tinggal hanya muat2 untuk bersilat ngan anak2 dan bersolat. Tapi Chegu Zain kalau nak solat dia pegi solat kat mesjid je. Walking distance jew pown.

Yezza...dah fresh2 mandi manda. Boh bedak wahngi wahngi, acara seterusnya.....acara peberet Cik Esah. Acara mencari tom yam. Kami keluar dari hotel terus jalan ke arah masjid. Pasal kat situ tadi Cik esah nampak banyak gerai bulan dan bintang. Yumeh yumeh semuanye. Somtam ler, teh ais ler, moi sup ler,...apa lagi soping makanan ringan dulu. Mamam sambil berjalan memang ohsem rasanya. Tak mahal makanan di sinun. Ala2 kat Mesia la jugak. Dalam dok jalan jalan anak anak dah terkinja kinja nak naik tut tut. Nak pi mana ntah nak nek tut tut..? macam la depa ada idea nak pi mana. Cik Esah dah meleleh er liur memikiorkan tom yam gung Cik Esah nie.

Agaknye Chegu Zain malas nak melayan kerenah anak teruna dia yang maha baik nie sorang ( tak lain tak bukan) asyik majuk je..., dia tahan tut tut nak cari restoren. Sebut je Tom Yam, dreba tut tut tu pun paham ler...Naik naik dia hantar kat restoren depan dengan hotel kami. ces...buang karen jew. Nama restoren tu ko tak silap Restaurant Lemon Grass. Ada ikan bakar2 yg fresh2 lagik. Oh may gucci. Ramainye orang Mesia. Dah satu pasal anak2 tak puas naik tut tut. Ye la....mau tak puas. Kalau berjalan tadi mau sepuluh langkah kanak kanak umo 4 tahun jew. ces....sekali lagik. So nak bayar dreba pun tak berbaloi kan. Chegu Zain said...wait, we eat first, then we walk walk. Paham lak dreba tu. Kalu cakap English standard tak plk depa paham. Cheq pun pening la ngan depa nie. Cikgu English depa ajaq macam tu kowt kat sekolah.

So....hapa lagi. Cheq punya la hoder tak hengat diri. Mahai pun tarrapa. Tapi still on budget. Anak anak tak mo makan. Depa oder minuman jew. Chegu Zain ngan Cik Esah je la yang makan. MashaAllah....memang sedap habaq hampa. Lain no....makan kat Mesia. walaupun memang orang Pattani yang masak. Rasa len ammat. Baq hang. Dok Taip nie pon err liuq kecau dalam mulut.
Cina berdiri belakang tu pon orang M'sia gak tu.

Dah abis makan, Chegu Zain panggil dreba tut tut. Kami ronda2 kot tepi pantai ngan hotel hotel mewah kot situ. Berenti snap few pictures dan dan mengantuk. Kepenatan ya amat. Mata nie dok nampak bantai ja. huhuhu. Tak tahan dolat betoi. Anak anak tak puas lagik. Tapi bila bermesyuarat (sempat mesyuarat tuh....) habaq kata nak pi 4 island esok, berenang renag tengok ikan Nemo, masing masing setuju sebulat suara nak balik bilik dan tidooooooo......

Dah masing masing lelap, Cik Esah dok men internet sat. WIFI free khen...Chegu Zain dia kata nak keluaq sat amik angin. ke buang angin pon tatau la. almost 15 minit dia mai masuk bilik dok gerak cheq soh mai makan pan cake. Mamun ka apa nie. Ingat time sahoq ka dok gerak2 org tido soh makan.

Mai la makan....sedap nie. Abang seha cari pan cake nie ( ayat orang laki no...seha cari kunon, macam jauh benar tempat tu...kkikiki ). Tapi ingatan U kat I yang buat I terharu...muahhhh comolot sikit. Dia bungkus 2 jenis pan cake. satu nuttella dan satu lagi pan cake manggo with cinnamon. WoW!!! memang sedap pan cake nie. Melting you....gila tak sedap. Kalau hampa pi sana cari pan cake nie. Nama warung tu Pan Cake Pak Aziz. Thumbs up n up. Satu RM5.00 ja. Alah...macam roti canai kowt, tapi agaknya makan kat tempat orang sedap dia len macam.
Cik Esah paling sukew yang ada manggo...yummmeh!!

Bersambung nah....nak kumpui idea nak mengarang sat....

KeNaNgAn HaRi iNi aDaLaH uNtUk HaRi eSoK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan