Cuti sekolah bulan Disember baru nie, ingatkan dah tak mau pi mana-mana dah. So ibu pun tak le plan nak amik cuti. Tup-tup Chegu Zain bisik "jom pi Pangkor". Aish...macam kena cas letrik aih. Dan dan rasa semangat nak idup..bhahaha.
22 Dec 2016, seawai 8.00 pagi kami bertolak dari Sungai Petani ke Lumut. Anak-anak macam biasa lah bila time nak berjalan nie depa sedaq dan pandai bawa diri. masing-masing ada tanggungjawab. masukkan beg, susun tempat duduk bagi elok dan selesa. Kalau dak ka....mau dreba kensel. Dreba pun ada angin dia jugak. Pembantu dreba dok pedo ja bagi angin dan mood dreba cool.
Perjalanan dari Sungai Petani ke Lumut (Jeti Marina) mengambil masa 3 jam. Kami bawa santai-santai ja. Sambil menikmati panorama kampung orang Perak. Berenti makan nasik siap-siap. Takut lapaq kan.
Sampai je kat Jeti Marina, Cik Esah call kawan bek Cik Esah, Cik Noi mai amik keta. Cik Noi nie tinggal kat kuaters tentera ja. Kat situ jimat dah det paking kan...selamat pun selamat. Makasih Cik Noi, jasamu menjaga keta exora seken hen ku, akan ku kenang sampai bila-bila.
Cik Esah apah lagi. Pun dengan pantasnya pun membeli tiket ferinya pun. Cik Esah difahamkan, kalau naik dari Jeti Marina lebih cepat. Hangpaaaa....memang cepat pown. Kentut tak dan nak habis bau, sampai dah. DAri Jeti pun dah nampak pulau. Time Cik Esah pi tu, kebetulan ayaq jerneh. Allahuakbar....nampak ikan-ikan berenang di tepian. Punya lah jernih ayaq dia. Chegu Zain tambah pulak...tu tak tengok Redang ngan Tioman lagi tu. Aisshhhh....geram jer nih.
|
Sempat posing kat Jeti Marina. |
|
Echa dan Bang Cik Udin |
|
Nak naik bot pun sibuk nak bergambo |
Sampai je di jeti Pangkor, ramai pemandu teksi dah tunggu. Kat Pangkor kebanyakannya guna van. Kami pun amik lah van nie untuk bawa ke chalet yang telah ditempah awal sebelum mai. Nama chalet tu Nipah Mas Chalet. Owner tak banyak songeh, kiranya sporting la. Kami amik family room. Tak besar tak kecik. Berimpit la kami tujuh beranak. Isokey la kan asal boleh tido. Bayaran untuk semalam RM150 saja. Aummm muqah sangat kan.
Sepatutnya check in jam 2 petang. Tapi owner chalet ni baik, dia bagi je kami masuk. Sian agaknya tengok kami nie anak qamai.
|
Macam nie la bilik kami. Dua katil queen. |
|
Ibu dan Echa posing depan chalet Nipah Mas
|
Verangan |
|
Main Pasir |
|
Main ombak |
|
Dah check in dan tukar baju bagai....Chegu Zain ajak makan tepi pantai. Depan chalet nie banyak gerai makan. Pilih jew mana nak. Anak-anak nak makan nasi ayam. So kami cari la mana gerai yang ada nasi ayamnya. Mak aii...rega sepinggan nasi ayam RM7.00. Tak pa...tak pa...tak sah makan tak mahai kalau pi bercuti, ye tak. Wajib mahai punya. Sib baik sedap. Mentara tunggu nasik ayam siap, Cik Esah pun berendoi le dengan anak2.
Malamnya pulak...lepas mandi dan solat, kami pun keluar le cari makanan. LApaq kowt main ayaq ngan ombak. Abess cair lemak Cik Esah berombak tadi. Happening la jugak dengan ikan bakarnya. Tapi yang tak bopa nak best, ikan yang di beri pilihan kembung, siakap dan pari sahaja. Weiii, tepi laut kowt. Mana pi ikan yang lain...? Macam Sabah bah...macam-macam ikan segar yang ada. Seperti biasa....makanan mesti rega up sikit kalau pi bercuti. Kalau murah bukan namanya bercuti dalam Malaysia. Gamak dak nugget cucuk tiga biji sejuk gedi sampai RM2.00. Echa ngan udin pulak buat lapaq nak makan nuugget tu. Beli ja lah....
So, kenyang perut suka hati....balik Chalet kita titon....esok kira lain.
KeNaNgAn HaRi iNi aDaLaH uNtUk HaRi eSoK