Sebelum aku teruskan. Jom buat kiraan jap.
Aku ada la ambik dengan salah satu medical insuran nie, buat plan family. So, alkisahnya boleh cover 7 orang kami. Wow sangat kan....
Bayaran setiap bulan RM396. Aku dah start ambik tahun 2012. Jadinya sehingga bulan November, RM396x59 bln. Dah RM23,364 dah aku bayar. Banyak kowt.
Tak la kerap pun guna. Seingat aku dalam empat kali jew sepanjang lima tahun.
Rasa macam rugi bayar mahal tapi tak le guna. Boleh beli macam-macam kan dengan RM396 tu. Bayangkan aku boleh beli banyak kasut, blouse, mekap bagai...kan...pompuan kan...
Terdetik dalam hati nak terminate jew. Berkali aku bagitau suami nak stop. Kalau sakit pi hospital biasa dah le. Kita kan kaki tangan awam. Free.
Dia kata sabaqq...boleh guna untuk anak2. Kemuncak aku nak stop bayar insuran nie masa bulan lima tahun nie. Insuran tak mau cover sakit suami aku. Atas alasan common illness. What the....?!. End up kami kena keluarkan duit sendiri.
Thats it. Nekad nak stop.
Time tu suami on off sakit. Dan berkali2 kami ke hospital kerajaan. Jawapan sama je. Gastrik @ angin.
Karangan...
Pagi Sabtu, 8 Oct 2016, suami aku sekali lagi diserang sakit dan berpeluh2 (tanda serangan jantung). Tanpa berlengah aku bawa dia ke Hospital Sultan Abdul Halim, Alor Setar.
Sampai di wad kecemasan, prosedur EGG dibuat. Dan dia tolak masuk Red Zone. 😳😳. Serious kowt, terjadi lah drama air mata kat luar sorang2 ðŸ˜ðŸ˜
Dia admitted sampai Isnin. Doc kata tak de masalah serious sangat pasal ECG dia tak menunjukkan dia kena serangan. MC pun doktor bagi sehingga Isnin jew. "Tak serious".So, kami rasa sangat lega. Just buat appointment di hospital SP.
Hari Selasa, kami ke HSP. Nak dapatkan temu janji seterusnya. Dia dah serik nak ke hospital swasta. Takut kena bayar lebih.
Termengah2 suami naik tangga. Dia request jumpa doktor awal, pasal dia rasa tak selesa, penat sangat. Tapi tak dapat pasal kena Q. Bulan November baru baru boleh jumpa.
Ramainya pesakit sedang menunggu giliran masa tu. Sayu rasa hati tengok orang tua-tua menunggu.
Thanks to En Lan. Dia yg banyak menolong kami, bawa report doktor ke Metro. Dan dapatkan appointment petang tu jugak.
Puas aku pujuk suami untuk dapatkan second opinion di Metro. Janji ku, kalau insuran tak boleh cover jugak kali nie, aku buat pinjaman peribadi.
Dek kerana malu alah dengan En Lan dan desakan aku dan mungkin juga dia dah tak tahan, kami ke Metro petang Selasa tu.
Di pendekkan cerita, Dr Tuan Rosli dapati ada sedikit keganjilan dalam ECG suamiku dan seterusnya dia buat ujian ECO. Jadi berkemungkinan ada something wrong with the heart.
So, suami kena admitted untuk buat Angio dan jika ada masalah, terus buat Angioplasty Stenting.
Doktor dah terangkan kos2 semua procedure tu anggaran 10 ke 20 ribu. 😅
Telan err liur kejap. Macam macam bermain difikiran. Gemana kalau insuran tak cover..?
Hari Rabu, 12 October suami aku selamat memasang 4 stent. Kerana terdapat 4 saluran jantun dia yg tersumbat. Tersumbat pulak bukan sikit2.
2 saluran sumbat 99%, 1 saluran 90% dan satu lagi 60%.
Doktor said, Allah is giving you a second chance. ðŸ˜ðŸ˜
Aku tak dapat bayangkan, if aku pun setuju nak tunggu appointment hospital kerajaan pada bulan November tu. Kami buat keputusan yg betul.
Dan aku tak dapat bayangkan if aku terminate polisi insuran aku bulan Mei hari tu. Dapatkah aku cari duit secepat tu.
Total bil RM48k dan aku baru bayar 20k untuk insuran kami.
Kesimpulannya
Medical Insuran penting. Untuk kita rasa selamat.
Bukan nak kata Hospital Kerajaan tak bagus. Tapi lambat. Betullah lambat pasal terlalu ramai pesakit. So, kita kena lah ikut giliran. Ramai lagi yg kritikal.
Jika kita ada insuran. Kita ada pilihan.
Aku share kisah suami aku dan insuran nie bukan ada maksud lain. Aku bukannya ajen insuran pown. Tapi untuk peringatan bersama.
Semasa suami aku dalam hospital, katil sebelah seorang India. Dia dah lama ada insuran katanya. Kami tanya dia kerja apa. Dia seorang guard sekolah. 😳
Dan masih ramai golongan profesional yang masih belum mempunyai polisi medical insuran sendiri.
Selama aku share cerita suami aku dan benefit of having medical insurance, adik ipar, best friend suami dah ambik insuran. dan 3 org kawan aku nak ambik insuran. Alhamdulillah.
Dan ada yg tanya. Tak haram ke ambik insuran. Pening den nak jawab. Last sekali aku kata....insuran takaful kan adoooo.....
Pilihan di tangan hampa. Banyak insuran yang ada. Buat pilihan terbaik.
Tq kerana sudi baca.
KeNaNgAn HaRi iNi aDaLaH uNtUk HaRi eSoK