Lima Cara Kikis Sikap Takbur



In Sya Allah...sama sama kita praktiskan....
 
Imam al-Ghazali ada mencatatkan lima cara untuk mengikis sikap takbur dalam diri seseorang iaitu dengan cara:
1. Apabila kita bersuara dengan anak-anak kecil, maka kita anggaplah yang sebenarnya dia lebih bersih dan mulia daripada kita kerana mereka masih belum mempunyai dosa-dosa berbanding dari kita yang telah dewasa.
2. Apabila kita bersuara dengan orang tua pula, maka kita anggaplah yang sebenarnya doanya lebih mulia daripada kita kerana dia lebih lama beramal ibadah kepada Allah dari kita.
3. Apabila kita bersuara dengan orang alim pula, maka kita anggaplah yang sebenarnya beliau lebih mulia daripada kita kerana insan sebegini memiliki lebih banyak ilmu yang beliau ketahui tetapi kita belum mengetahuinya.
4. Apabila kita bersuara dengan orang jahil pula, maka kita anggaplah yang sebenarnya dia lebih mulia dari kita kerana dia melakukan dosa disebabkan kejahilannya, sedangkan kita berdosa akan tetapi memiliki ilmu pula dengan sengaja kita melakukannya walaupun hakikatnya kita tahu yang mana satu perkara buruk dan baik.
5. Apabila kita bersuara dengan orang kafir pula, katakanlah dalam hati bahawa suatu hari nanti mungkin dia akan insaf dan akan memeluk islam. Maka semua dosa yang dilakukan sebelum dia masuk Islam akan diampunkan oleh Allah s.w.t. Sedangkan kita pula sebagai umat islam sejak lahir terus -menerus melakukan dosa tanpa mengenal balasan Allah yang bakal tiba kelak.

KeNaNgAn HaRi iNi aDaLaH uNtUk HaRi eSoK

Sup Cendawan aka Mushroom Soup


Jom try resepi nie pulop....nggggeeee....







Bahan2 nye....

  • isi ayam sedikit
  • 1500 ml air
  • 1 kotak susu segar.
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 tin kecil cendawan butang(dihiris kecil2)
  • garam
  • 1 cawan tepung gandum 
Care2 nye....
1. cincang isi ayam kalau bole kasi hancur sikit.
2. rebus isi ayam tadi dalam periuk.
3. masukkan susu dan kiub ayam time nie kena masak guna api yang perlahan.
4. masukkan cendawan yang telah dihiris tadi.
5. tepung hendaklah dilarutkan dahulu bersama air di dalam bekas yang lain dan tuang ke dalam periuk.
6. masukan garam. Agak pekat boleh lah tutup api.

wallah......

KeNaNgAn HaRi iNi aDaLaH uNtUk HaRi eSoK

Spaghetti Kaseh Ayah



Nak rasa tak spegeti cam nie...? Cuba try test sampai jaya key...?

 Bahan2

1 paket Spaghetti op kos
Bawang besar 1 labu
Minyak ~ untuk menomes dan untuk merebus spegeti
Daging cincang. (tak suke ayam kalau nak leh boh jugak ayam)
Garam
Daun basil
Air untuk merebus

Cara cara nye....
  1. Rebuskan spegeti sehingga lembut. Tambahkan sedikit garam dan minyak masak supaya tak melekat2.Toskan.
  2. Potong bawang besar menjadi kecil2. Satu labu pon da cukup.
  3. Panaskan kuali beserta minyak zaiton dan masukkan bawang tadi.
  4. Apabila bawang mula menjadi kuning-perang, masukkan daging kisar dan goreng sehingga masak.
  5. Kemudian tambahkan sos prego, garam secukup rase.Biarkan mendidih selama 2minit.
  6. Setelah siap, hidangkan di dalam mangkuk diikuti daging tadi.Tambah  daun basil mengikut citarasa sendiri.Siap.

KeNaNgAn HaRi iNi aDaLaH uNtUk HaRi eSoK

Elemet Merentas Kurikulum


Elemen Merentas Kurikulum
 P/S:Gunakan dalam Rancangan mengajar key....
 
Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Elemen merentas kurikulum yang sedia ada adalah seperti Bahasa, Sains dan Teknologi, Pendidikan Alam Sekitar, Nilai Murni dan Patriotisme.

Elemen merentas kurikulum yang baharu, iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi dikenal pasti sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR.

Guru hendaklah memastikan kesemua elemen merentas kurikulum diterapkan secara efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan insan yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Hubungan elemen merentas kurikulum yang sedia ada dan baharu dalam pembangunan insan yang seimbang digambarkan melalui rajah di bawah.



KeNaNgAn HaRi iNi aDaLaH uNtUk HaRi eSoK

Ikhlas ke Hati iNi..?


Satu persoalan dari rangkaian beribu keraguan...
Ikhlas ke tidak bolehkah dinilai...?
Jika boleh apakah ciri ciri yang perlu ada untuk mengikhlaskan hati dan diri.
Kerana lewat hari ini diri dan minda terasa ammmmmat lesu.
Adakah kerana kurang ikhlas...?
Banyak nye question marks..
kena buat kaji selidik baru tau jawapan...
Bagaimana pula kalau ianya terpancar pada raut muka, tingkahlaku dan pertuturan.
AhhhHH alangkah malunya kerana tidak ikhlas uuuffff!!!
Di sini sekurangnya tiada siapa yang dapat meneka atau menilai keikhlasanku.
Mau Redha atau Pasrah. Pilihlah Redha.
Ikhlas kah menredhakan segalanya....?
agai and again Q mark!!!
Atau tergelincir mencari makna Redha itu sendiri.
ufff sekali lagi...



KeNaNgAn HaRi iNi aDaLaH uNtUk HaRi eSoK

Radang telinga


Kali nie da masuk kali ketiga Intan Payung mengalami radang telinga atau telinga bunting. Ini berpunca dari selsema yang berpanjangan. Ntah bila pulak Intan nie selsema. Hingus tu ada tapi tak le sampai hijau meleleh tak kira masa.

Kali pertama masa Intan masih lagi baby. Kali nie dia dah pandai bagitau merengek satu hari pasal sakit telinga.

Keesokan harinya nampak lelehan hijau keluar dari dalam telinga Intan. Nak kata nanah tak hanyir. Tapi baunya lebih kepada hingus.

Macam pelik hingus boleh keluar ikut telinga. Ubat selsema tak bole bagi kat bb. So kena buat cara manual le...(ade ke..). Madi lewat sikit (tengahari). Jangan biarkan mandi terlalu lama. Ambil Vit C untuk kanak2. Opcos lah die tak suke mamam apa2 ubat ke vit ke. Susah betoi la si Intan nie....

bedeneh...



KeNaNgAn HaRi iNi aDaLaH uNtUk HaRi eSoK

Sekolah jaangan Malas Tau


hihihi...geli hati pulak. Sekali dapat mengarang macam macam nak tulis.

Tahun nie 4 orang anak Cik AA satu sekolah ngan Cik AA. Maka pada setiap pagi Cik AA ngan Chegu Zain kena uruskan 4 orang budak kecik yang merengek2 nak ayaq panas (sejuk lah konun...). Tapi waktu pagi Cik AA tak uruskan bab ayaq hangat ka, mandikan budak2 kecik berempat tu ka, pakaikan pakaian sekolah depa ka atau sediakan sarapan depa...semua Chegu Zain yang uruskan..

Ha...lepas Chegu Zain kata "okey ibu ayah pi keje dulu na"...waktu tu lah Cik AA ken a bersilat nak uruskan keempat2 budak kecik nie...dari hantar sekolah, makan di sekolah, kelas petang, merengek nak soping di kantin, bergaduh waktu naik kereta, merajuk pasai nak dok depan dalam kereta, hantar Intan payung rumah sitter, makan tengahari, ambik along nagn angah dari kelas KAFA, kerja rumah...uuuuffff macam macam lah...macam Cik AA nie layaknya suri rumah pulak..bukan nak merungut...tapi sejak Chegu Zain dah qoje jauh nie agak keletihan jugak nak urus segala sorang sorang...tu tak bab nak layan baby besar lagi...uuuufff...

nak jugak tulis entri luahan perasaan yang bajet penat bangat...dah tak dak sapa2 lagi yang buat qoje macam Cik AA...INSOF lah Cik AA...takde maknenye....tune balik..IKHLASkan setiap perbuatan....semoga dipermudahkan...
Sorry...anak2 lari topik sikit...okey nie ibu upload gambaq anak2 ibu yang chomel di pagi pertama persekolahan 2013. Semoga menjadi anak2 yang disenangi oleh guru2, disayangi dan semoga menjadi anak2 yang bijak. Ibu tak minta semua anak2 ibu pandai dalam semua matapelajaran...kalau YA itu satu BONUS. Hanya ibu minta anak2menjadi seorang insan yang berguna untuk agama bangsa dan negara. In Sya Allah.







KeNaNgAn HaRi iNi aDaLaH uNtUk HaRi eSoK

Selamat Datang 2013


Sekembalinya bekerja di tahun 2013 amat menerujakan. Hari nie da minggu kedua Cik AA kembali bertugas. Wah bukan senang nak tune balik mental dan emosi setelah hampir 2 bulan tak mengajar. Penatnya usah diceritakan lah...Hari pertama balik dari sekolah terus flat. Anak2 hangpa nak buat pa pun buat lah..samapai tera tu sekali penatnya..

Masuk minggu yang kedua pon masih belum dapat adapt lagi dengan anak anak baru di tahun satu. Mana taknya minggu transisi katakan. Aduh...kena ikut jadual yang da disediakan oleh guru tahun satu. Tak boleh mengajar subjek lagi. Ajaq depa kenal kawasan sekolah, ajaq doa makan bla bla bla...yang lagi haru kena ajaq anak sendiri. Dah pesan panggei tece...dak...dok panggei ibu ibu..nak kea pulaih telinga bdak nie..

Tak termasuk lagi tugas tugas yang "pi mai pimai tang tu" tu..Awat yang lagu tu...nak wat lagu mana lagi cikgu pon de berapa kerat ja..mau tak mau hang la kena jadi macam macam (pegang pelbagai tugas)..sekolah cek kecik ja..jadi cikgu pon tak le ramai. Tapi sekolah nie bkan nak puji sekolah sendiri la noh...mmg cikgu2 dia tip and top. So Cik AA yang ala kadar nie pon terpengaruh lah dengan budaya yang amat sehat di sekolah ini berbanding Cik AA yang agak lemau di sekolah yang lama dolu..

Kalau nak disenaraikan bidang tugasan yang Cik AA pegang kat sekolah nie...nanti ade yang iri ati pulak..kate teman nie gile kosa..heeee tak qeti2 ke deme...tak pe lah Cik AA anggap nie sebagai latihan dalaman almaklumlah Cik AA nak berqoje nie lama lagi (wahhh mude lagi niehh) so kalau dapat apa2 tugasan pon in sya Allah Cik AA dah dibekalkan sedikit pengalaman yang Cik AA kutip sepangjang Cik AA beqoje disini....(eleh mengarang macam dapat pindah sekolah je...)



KeNaNgAn HaRi iNi aDaLaH uNtUk HaRi eSoK