Contoh Minit Mesyuarat J/K PBS




 
SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG KETIL
09200 KUPANG, KEDAH DARUL  AMAN
TEL : 04-4430472

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PBS KALI PERTAMA
TARIKH        : 14 FEBRUARI 2012
HARI              : SELASA
MASA             : 1.30 PETANG
KEHADIRAN :
1. Pn Hashimah bt Hashim                             10. Cik Jawahir bt Abu Bakar
            2. En Juraidi bin. Che Din                              11 Pn Norhayati bt. Mahmud
3. En. Farid Azizi b Mohd Noh                      12. Pn Aminah bt Ismail.
            4. En Mohd Yusuf b. Hamid                          13.Pn. Farah Ziba bt. Zainal Abidin
            5. En Abd Halim b Omar                                14. Pn Syafini bt Abdullah
            6. En Suhaimi b Mamat                                  15. Pn. Solehah bt. Jusoh
            7 En. Bakri b Yaakob.                                                16. Pn Zakiah bt Yaakob
            8.Pn Edeng a/p Epet                                       17. Pn Faezah bt Husain

I. PERUTUSAN PENGERUSI
1. Pengerusi mengalu-alukan kedatangan guru-guru.
2. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran guru-guru ke mesyuarat PBS kali petama.
                                                                                                Makluman : Semua guru
II. UCAPAN PENASIHAT
3. Penasihat mengucapkan terima kasih kepada guru-guru kerana merancang dan meluangkan masa       untuk menghadiri mesyuarat pada kali ini.

4. Beliau berharap guru-guru tahun satu dan dua faham akan tugas guru sebagai pentaksir PBS.
5. Beliau menyatakan bahawa KSSR ialah satu kurikulum yang baharu maka akan terdapat pembaharuan dari masa ke semasa.Diharap semua guru bersedia terhadap perubahan-perubahan tersebut.

                                                                                                Makluman : Semua guru

III. PERLANTIKAN JAWATANKUASA KSSR 2012
6. Pengerusi menerangkan bahawa pembentukan jawatankuasa adalah mengikut apa yang telah ditetapkan di dalam perlembagaan. Dan perlantikan ini dipersetujui.
7. Beliau mengedarkan senarai jawatankuasa dan tugas-tugas kepada setiap guru.
8. Beliau juga menjelaskan peranan setiap tugasan jawatankuasa PBS kepada guru-guru.
Tindakan: Semua guru

IV. SISTEM FAIL
9. Pengerusi menjelaskan bahawa terdapat tiga fail utama yang harus berada di dalam sekolah iaitu fail induk, fail  murid dan juga fail showcase.
10. Beliau juga memaklumkan bahawa fail induk berada di dalam pejabat manakala dua lagi fail iaitu fail murid dan fail showcase berada di dalam kelas.
11. Terdapat satu fail tambahan iaitu fail guru juga harus disediakan oleh semua guru yang mengajar kelas KSSR. Pekara-pekara yang harus ada di dalam fail guru adalah seperti senarai semak yang diedarkan kepada setiap guru.
12. Beliau juga menerangkan isi kandungan yang mesti disertakan di dalam fail  murid. Beliau mengedarkan senarai semak bagi fail  murid.
                                                                                                            Makluman: Semua guru

V. AKTIVITI SEPANJANG TAHUN
11. Berikut adalah senarai aktiviti sepanjang tahun 2012:
a. Pengajaran dan pembelajaran mengikut kurikulum KSSR.
b. Perjumpaan waris bagi menerangkan tentang kurikulum KSSR dan PBS.
c. Kursus dan bengkel bagi guru-guru KSSR.
d. Mengemaskini fail-fail murid.
e. Memasukkan data murid ke dalam sistem.
f. Pemantauan.
                                                                                                            Makluman : Semua guru

VI. HAL-HAL LAIN
12. Mesyuarat memutuskan untuk mengutip duit bagi tujuan mencetak bahan pentaksiaran murid.                                   
13. Puan Aminah mengingatkan pengerusi tentang fail-fail baru untuk murid tahun satu 2012.
Tindakan : Setiausaha

VIII. PENANGGUHAN MESYUARAT
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang

Sekian,

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

DISEDIAKAN OLEH:                                             DISEMAK OLEH:

…………………................................                        …………………………………….
(PN  FARAH ZIBA BT ZAINAL ABIDIN)                       (JURAIDI B CHE DIN)
Setiausaha J/K KSSR,                                                            PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
SK. Seberang Ketil.                           



KeNaNgAn HaRi iNi aDaLaH uNtUk HaRi eSoK